Hari ni kitorang pergi LADA, untuk taklimat pasal development around Langkawi and future waterfront development.. Sampai kat LADA tu kejap je sebab tempatnya di Kuah gak, cuma the other group la jauh sikit nak sampai sebab dorang duk kat Pantai Chenang.. After the taklimat, we all gerak ke Makam Mahsuri, because kitorang akan lalu sini dulu before sampai kat cable car.. Kat luar area Makam Mahsuri ni aku beli minyak gamat, 15 botol RM8 je, Along yang kirim.. Aku pun ada gak beli minyak, hehehehe! =) Ada berapa orang je including me yang masuk dalam Makam Mahsuri tu, yang lain lepak luar je.. After kitorang solat jamak kat satu surau ni, baru kitorang gerak gi cable car, jalan dia bengkang bengkok gak la.. Tayar van yang aku naik lak tak cukup angin, so kitorang stop kat Petronas Quay. Smart gila tempat ni, kat sebelah dia je tempat kapal2 layar parking, memang best je tengok..
Akhirnya sampai gak kitorang kat Oriental Village.. Aku pun macam biasa la, usung je cenderamata UiTM tu ke mana saja aku pergi.. Pastu dapat tau takde lak taklimat dari pihak dorang, leceh btol la.. Tapi aku tak kisah, sebab kitorang ada surat, so sorang bayar RM12 je untuk naik cable car.. Serius best sangat, tak rasa gayat, cume berdebar sikit ar kalau angin bertiup agak kuat, car tu bergoyang.. Dia ada 2 stesen, yang stesen paling tinggi tu best sangat, angin dia sejuk, natural air-con.. Ada gak jambatan untuk kita amek gambar sekeliling.. Panas pun panas la, kitorang redah gak, sebab kalau hujan, tak dibenarkan turun atas sebab2 keselamatan..
Bila dah turun cable car, kitorang gi kat sebelah cable car tu, tengok anak rusa dengan arnab, sebelah tu ada tempat gajah tapi dah tutup sebab dah agak petang.. Oriental Village tu memang seronok cuma mase jela yang membataskan aktiviti. After that, kitorang gi makan kat Pantai Chenang, tepi pantai beb, seronok je rasa.. Lecturer lak yang belanja, rugi je siapa yang tak makan tu, hahaha! Time dah kenyang tu tiba2 Paknjang call..
Paknjang : Helo, hang duk mane?
Darksky : Skang ni makan kat Pantai Chenang. Kitorang tinggal kat K***o I****a.
Paknjang : Takde hantu ke kat sane? Hahaha..
Darksky : Hah? Ada ke? Bilik mane?
Paknjang : Paknjang tak ingat la..
Darksky : GULP!!!
Lepas makan tu kitorang gi shopping kat kedai hijau kat Pekan Kuah, macam2 ada kat sana, budak2 semua bantai beli coklat. Pergi Langkawi kalo tak beli coklat tu memang rugi ar, sebab murah je harga dia.. Ada yang beli beg la, rokok la, periuk la, memang macam2.. Pastu ada satu benda yang aku notice kat Langkawi ni, macam ikon dorang Bob Marley, sikit2 mesti ada je gambar dia, pehal hek?
Taklimat di LADA..
7 orang je yang masuk area Makam Mahsuri..
Petronas Quay..
Dalam cable car, on the way nak gi first station..
View bridge from second station..
Nampak je macam panas, tapi sejuk je udara dia.. =)
Yang kecik2 ni comel, tapi yang besar tu agak menakutkan gak la..
Lembut macam kusyen..
Menikmati pantai pas makan kat Pantai Chenang..