Semalam aku usha2 website handphone.. Macam biasa, Nokia menjadi pilihan utama aku.. Biasanya Nokia akan keluar handphone beberapa kali dalam setahun, dan bila setiap kali ia keluar, 3 atau 4 model akan dilancarkan sekali.. Macam aku beli Nokia X3 ni la.. Pastu dalam sebulan je keluar lak Nokia X3-02, handphone jenis Touch and Type, siap ada WiFi lagi.. Pedihnya hatiku bagai ditusuk pedang yang tajam, kuciwaaaaa sebab beli handphone awal sangat..
So semalam aku usha2 lagi la handphone Nokia X3-02 ni, pastu tengok2 ada satu lagi handphone Touch and Type dari Nokia iaitu Nokia C3-01.. Nokia C3-01 ni agak berbeza dengan Nokia C3 yang menggunakan keypad jenis QWERTY..
Secara jujurnya memang aku berkenan dengan X3-02 sebab aku nak beli phone yang ada WiFI tapi aku tak suke handphone QWERTY, pulak tu phone ni lak jenis yang muzik kan, gerenti seronok.. Tapi kalo korang tengok betul2, keypad dia agak pelik sket.. Pada aku keypad QWERTY or touch screen akan menyusahkan aku untuk berSMS ketika driving, huhu.. Aku tau tu satu kesalahan, tapi macamla korang semua tak pernah buat, hahahaha..
Handphone ni pulak macam takde apa2 yang special.. Lebih kurang macam Nokia 6300, body macam stainless steel.. Tapi kekurangan utamanya takde navigation key.. Handphone harge RM500 pun ade navigation key, tapi handphone ni takde, pelik tol ar.. Penting actually navigation key ni, mudah untuk buat shortcut.. Tiada tarikan yang menarik dari segi fizikal, rekaan yang sangat plain..
Aku dah ushar harga2 dua2 phone ni.. Harga C3-01 lebih mahal dari X3-02.. Tapi buat masa ni aku masih mengkaji review2 yang ada.. Buat masa ni masalah utama handphone ni ialah OS dia, kekuatan WiFi dan ketahanan bateri.. Kelebihan yang aku suka ialah WiFi dan kenipisan handphone ni (9 dan 11 mm!)..
Gambar2 diambil dari website GSM Arena..
P/S : Sory post kali ni pendek je, aku agak sibuk minggu ni, keletihan di tahap tinggi, next week kena g Bangi lak, arghhhh..
0 comments:
Post a Comment