Sudah hampir 4minggu aku menjadi insan bekerjaya semula.. Sepanjang tempoh ni, bermacam2 orang aku jumpa yang datang ke outlet.. Bermacam2 kerenah dan ragam manusia yang aku perhatikan.. Mostly orang datang untuk wat personal loan.. Ada sorang pakcik ni dah datang 4 kali sebab application dia semuanya decline.. Aku kesian sangat kat pakcik ni, dia memang nak pakai duit sangat, tapi benda ni di luar kuasa aku sebab segalanya sistem yang tentukan.. Ni pun dah dekat seminggu aku tak nampak dia.. Aku harap pakcik tu akan datang lagi, sampai la application dia approve..
Pastu ada pulak sorang security kat situ yang terlalu peramah sampai letih kitorang nak melayan.. Dia siap tanya lagi, 'ko buat ni ada komisen ke?'.. Dari situ aku leh nampak la yang dia macam nak jadi runner.. Aku tak kisah la dia nak jadi runner pun, tapi kalo semua orang yang dia bawak application dorang decline, camno den nak buat? Pakcik tu sendirik loan decline.. Dia cari peluang untuk buat duit la tu tapi nampak gayanya takkan dapat la, huhu.. If tak achieve target, langsung takde komisen taw..
Spesis lain yang membuatkan penat untuk kitorang melayan ialah mereka yang lebih tau dari kita.. Ada jugak sorang customer ni, dia cakap dia keje bank lain, datang semata2 nak tunjuk hebat je kat kitorang, siap cakap lagi dia menang berdebat dengan staf bank harimau, pastu gebang gaji dia besar.. Apa motif dia datang pun aku tak tau.. Tengok2 tadi datang gak jumpa kitorang nak buat loan.. Bila aku tengok statement EPF dia, rupa2nya cerita dia sebelum ni semuanya dongeng belaka.. Pastu makcik2 kampung yang jenis nak membangkang je, apa kita cerita semua salah, apa dia cerita sume betol, huhu..
Orang kita ni memang suka sangat berbelanja melebihi keperluan, atau lebih tepat lagi berbelanja melebihi pendapatan.. Ni memang hakikat sebenar yang berlaku sekarang.. Ramai customer yang datang macam bergaya, baju branded la, speck Oakley la, henset harga beribu2 la, Blackberry la, gaya macam gaji RM2000 lebih, tapi bila aku tengok slip gaji, adoyai, rasa macam tak percaya je.. Aku kena belajar cara dorang ni, belanja macam2 tapi stil boleh hidup lg sebulan dengan duit lebih kurang RM100..
Bila aku tengok ada orang yang hidup lebih susah dari aku, aku rasa seakan insaf, rasa yang diri aku ni macam jarang sangat bersyukur dengan apa yang aku ada.. Aku hidup memang tak mewah, tapi hidup aku selesa la, tapi tu pun macam rasa tak cukup.. Padahal ramai lagi orang yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. Tapi tula kan, manusia ni selalu rasa tak cukup, nak beli yang hebat2 segalanya.. Biar papa, asal bergaya.. Aku harap aku dapat kawal la perbelanjaan aku tiap2 bulan, jangan boros dan beli jika BETUL-BETUL perlu SAHAJA..
2 comments:
tertarik dengan post ni...memang ramai sebenarnya yang hidup dgn berbelanje melebihi pendapatan.tapi tak tau la macamana nak buat..planning kan main lagi..nak simpan wang..nak simpan wang..tapi bila cukup bulan..semua nya habis..camano nak buat tu..takkan nak jumpa u pulak buat personal loan..loan lama pun tak habih2 lagi..tapi yang paling cil*k* sekali ilah kad plastik la..tu yang buat kan aku rasa bertapa tak pandainya kita dalam financial management ni..lain lah org keje bank memang pandai pasal urus wang ni..
tengkiu bro sebab bace posting ni.. =) yang paling utama pun memang planning, kalo planning kite bagus, tak kire la gaji byk mane pun kite masih boleh manage sebenarnya, yg penting kawal perbelanjaan la, kalo nak ikutkan hati, macam2 kita nak beli..
kad plastik ni antara penyebab utama la orang ramai blacklist, jalan2 sket nak swipe, jalan2 sket nak swipe, pastu bayar bulan2 lak minimum, memang sampai kiamat tak abes, hehe.. tapi kalo kite rase kita boleh kawal diri n byr utang kad kredit, just proceed la.. kalo ada kad kredit, lagi2 yang platinum dan rekod pembayaran okay, senang nak wat personal loan.. =)
Post a Comment