Entri kali ni pun pasal kereta gak.. Nape tah sejak dua menjak ni aku suka tengok2 kereta, ada hati kot nak beli keta, padahal keta yang ada pun tak abes bayar lagi.. Seperti mana yang kita tau, Naza Forte dah keluar if tak silap tahun lepas.. Kazen aku sorang beli kereta ni.. Secara jujurnya, aku rasa kereta ni memang cantik dan nampak mewah.. Harga pun kurang 95k bagi enjin 2.0.. Time kereta ni dilancarkan memang takde saingan untuk kereta yang berada dalam range ni, tapi skang dah ada la iaitu Proton Inspira yang aku pasti jualannya memang memberangsangkan..
Aku bukan fanatik kereta sangat tapi kalau ada kereta yang aku minat, memang aku rasa seronok je, hari2 nak tengok.. Maybe dah lame, tapi baru je beberapa minggu lepas aku sedar yang Naza Forte @ Kia Forte ni ada versi satu lagi.. Yang ada kat negara kita ialah jenis sedan, tapi yang ada di negara jiran kita iaitu Singapura ialah jenis coupe.. Pppffffhhhhhhhh!!! Aku memang sensitif sket kalo kereta dua pintu ni, minat len macam.. Orang kate kereta dua pintu ni memang kereta orang muda sebab nampak lebih sporty.. Nama model coupe ni ialah Kia Forte Koup.. Sejibik macam Kia Forte @ Naza Forte, tapi dua pintu.. Adoyaiii, cair aku tengok..
Kereta coupe macam ni last skalik yang ada ialah Proton Putra yang kapasiti enjin dia 1.8.. Sekarang ni memang rare la kereta tuh, susah nak nampak lagi kat mane2.. Puteri suke kereta Putra.. =) Aku dah berusaha carik harga Kia Forte Koup ni kat Malaysia tapi tak jumpa, so kesimpulannya kereta ni takde kat sini.. Tapi melalui pembacaan aku di forum2 berkaitan, dorang kate kalo angkat kereta ni kat Singapore dan bawak balik sini, harganya stil lebih murah dari Naza Forte..
P/S : Kalo la aku orang kaye, aku dah beli dah kereta ni, hehehe..
0 comments:
Post a Comment