5.30 pagi Sabtu, perjalanan dari JB ke UNISEL Bestari Jaya bermula.. Abah drive dengan kelajuan yang tinggi sebab kereta tak banyak, hehehe.. Smooth sailing la orang kate.. After first stop kat R & R, aku pulak yang bawak.. Kat KM433 highway PLUS menuju Rawang, aku nampak kat lorong kecemasan tu ada lori stop, pastu ada orang kat tayar.. Aku ingat dia tengah repair, rupanya accident.. Aku rasa orang tu da meninggal da, sebab aku tengok kaki dia melekat kat tayar, badan dia kat tanah, dalam kata lain, da terputus la.. Pastu yang aku peliknya, takde orang pun yang stop, langsung takde orang, driver lori yang dia langgar tu pun takde.. Aku pulak kat lane laju, aku dapat tengok skali lalu je.. Abah call polis, cakap ada accident, tapi leh lak orang tu tanya KM433 tu kat mane, padahal dah bagitau kat KM433 highway PLUS menuju Rawang, lagi mau tanya 8kali.. Aku rasa moto tu tak perasan yang lori tu stop kat tepi, tu yang dia terlanggar..
Sampai kat UNISEL jam 10.30, tapi Ika baru dapat masuk dewan kol 4.30, habis register 5.30.. Lepas setel benda tu, daftar kolej lak.. 6.30 baru dapat setel hal kat sini. Logik ke kena tunggu sampai 8 jam? Apa benda yang dorang buat lama2 dari awal tadi? Kamon la, yuran korang ni 10 kali lagi mahal dari UiTM taw, ingatkan perkhidmatan bagus, tapi 10 kali lagi bangang.. Tak kesian ke parents student yang tua2, menunggu lama, bukan semua orang tinggal kat Selangor, banyak dari tempat yang jauh2, tapi terpaksa menunggu korang yang lembab buat pendaftaran.. Ika cakap parents sampai gado2 kat dalam bila dorang cakap kaunter dah nak tutup.. Aku rasa ni pendaftaran paling bodoh penah aku gi la.. Kalo student baru len la cite, lame pun kalo 2 atau 3 jam leh tahan lagi.. Ika student lame pun terpaksa ikut flow lembab dorang.. Apa la salahnya dia pecah2kan tempat pendaftaran, atau daftar ikut fakulti, takkan la pihak UNISEL takleh fikir, kan lagi jimat masa.. Nasi ayam kat warung luar dewan tu pun cekik darah, nasi ayam sket gile pun RM5, kalo 40 orang sumpah dia celaka, baru dia tau..
Aku sebagai abang pun dah bengang, apa lagi parents lain, mesti lagi menyirap dari aku kan.. Aku rasa yang handle registration pun student je, sbb asik suara student je bercakap kat PA.. Staf UNISEL tak cukup ke? Yuran mahal pun tak guna kalo benda macam ni pun takleh nak buat.. Aku harap pihak atasan bukak la mata sket, jangan nak bagi arahan je kat orang bawah, tengok la skali, pantau apa yang patut..
6.30 dari UNISEL, sampai kat umah sewa aku 7.30 malam, 8.30 setel semua packing, terus berambus balik JB.. Letih gile weh angkut barang hari ni, dah la Ika tingkat 4 hostel dia, umah sewa aku lak tingkat 3, dekat 10 kali gak la aku naik turun angkat barang.. Berpeluh2 tak ingat dunia, rasa macam baru pas men futsal je peluh dia, menitik2, bau pun dah semerbak mewangi, hehe.. 12.30 tengah malam baru sampai JB.. Tu pun aku bawak slow sebab malam kan, bahaya bawak laju.. Actually keta Wira lame Abah ni takla teruk sangat, cuma pick up je yang teruk, maklumla, keta zaman bila tah, number plat pun JDG, skang dah JL kot, mau tahun 1993 camtu.. Rase seronok sangat dapat baring kat katil bila da sampai, badan dah letih2 sangat, kaki dengan tangan semua sakit.. Esok jela aku angkat barang2 yang berlambak tu..