Hujah ni panel2 dia terdiri dari ahli politik ar mcm ahli parlimen, menteri, timbalan menteri, penganalisis politik dan len2.. Kat sini ar peluang untuk dorang bercakap atau nak kelentong pun.. Tapi aku suke tengok gelagat moderator die, Dr Agus Yusoff, Ketua Program Sains Politik UKM.. Dia punya soklan memang ar selalu wat aku tersenyum, dia pandai potong cakap panel, even kadang2 soklan dia macam bodoh, tapi stil masuk akal dan membuatkan aku berfikir.. Walaupun aku rase die ni berat sket ke arah pembangkang, tapi aku tak kisah pun kalo soalan2 panas dia bagi pada wakil pemerintah.. Kita boleh nilai prestasi panel2 tu samada dorang ni wat kerja atau jez menghabiskan duit a.k.a makan gaji buta..
Malam ni punya episod berkenaan dengan ahli parlimen bebas, aku rase arini moderator kalah dengan kepetahan ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali, soklan2 provok dia sume berjaya dipatahkan sampai dia takleh da wat soalan susulan, huhuhu.. Muke Dato' pun puas je dapat jawab soalan2 mencabar dr Dr Agus, hahaha, lagi2 time nak iklan yang first tu, kui3.. =) Tapi ada gak ahli parlimen yang aku rasa menunjukkan kebodohan dalam rancangan ni bila datang tanpa membuat persiapan rapi, bercakap ikut sedap mulut je, episod bodoh ni ialah berkenaan lompat parti, aku igt sampai ke hari sebab memang memalukan..
Ape2 pun, rancangan Hujah ni actually seronok gak la kalo nak tengok, at least kita tau ar apa hal2 yang terjadi dalam negara kita ni selain dari hiburan je kan.. Aku pun penat gak, balik2 kutuk artis je, artis lak skang makin ramai yang menunjukkan kebangangan, skali skale tukar gakla posting aku ke arah politik negara.. Pada pemerhatian aku yang tak brape meluas ni, aku tengok orang2 muda skang tak minat bidang politik ni, sebab politik ni seringkali dicemari dengan menda2 tak elok macam skandal or rasuah.. Orang muda yang masuk politik ni MAYBE ada sebab2 tersendiri, contohnya..
a) Parents dorang memang orang kuat politik, contohnya mcm ketua bahagian ke..
b) Nak dapat projek juta2 utk company construction dorang..
c) Sebab nak cepat naik atas.. Meaning, dorang masuk pakai kabel besar and bina proksi secara senyap, bangkitkan isu2 remeh yg diputarbelit sampai menjadi isu besar dan boleh digunakan pakai pada masa depan bila kabel besar dorang tu dah takde.. Orang2 camni, memang kebal ar, and I do mean keballll..
P/S : Wakil2 rakyat suma diharap selalu ar ada kat kawasan, jangan 95% masa ada kat rumah KL je untuk jage bisnes yang korang dapat dgn menggunakan status korang tuh.. Kepercayaan yang orang bagi tu jangan la disalahgunakan.. Next election aku dah boleh vote, tapi setakat ni, tempat aku memang sangat kuat lagi ar, tapi who knows..