Puteri..
Jangan wat keje berat2 selalu..
Jangan lupe makan ubat taw..
Makan pun jangan lupa, skang ni makin kurus taw..
Kita sayang awak.. =)
From,
DarkSky
Nota buat Puteri..
Thursday, December 3, 2009
Posted by DarkSky at 7:43 PM 3 comments
Labels: Family
Pics..
Wednesday, November 25, 2009
Ikan laga aku yang masih takde name.. Duk sorg2 je dia, kadang2 tibe2 die melompat2, tah hape dia nampak aku pun tak tau..
Kasut sarung aku, takyah nak ikat2, hehehe.. Senang nak dipakai, senang nak dibukak..
Tali kasut yang baru aku ikat tadi, penat gile weh, sejam membongkok semate2 nak wat ginih..
Item terbaru aku, helikopter yang body dia aloi, tak mudah patah kalo terhempas..
Semangat aku.. Harap2 ia akan kekal menjadi semangat aku sampai next year..Posted by DarkSky at 12:07 AM 2 comments
Labels: Misc
Cite Jumaat malam..
Nur menghabiskan masa dengan anak-anak di masjid. Suatu hari, Aidil melihat Nur menangis, airmata berlinangan di pipi. Aliya mendekatinya mengingati perbualan mereka yang dia mengizinkannya. Aidil merapati Nur dan berkata dia sanggup menjaga Nur. Nur memandang Aidil, kemudian Aliyadan Nur menggeleng perlahan. Nur membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dia tidak mahu lagi menjadi penyebab renggangnya hubungan Aidil dan Aliya. Dia ke stesen keretapi, dihantar Aidil dan Aliya. Sewaktu keretapi berhenti, seorang lelaki berjambang turun. Nur, Aidil atau Aliya tidak sedar akan ketibaannya. Nur bersalam dengan Aidil dan Aliya.. Tudung Nur terbang di tiup angin dan dia menaiki keretapi. Dalam keretapi, Nur memandang keluar, Adam tiba disisinya sambil memberi salam. Nur terkejut, memandangnya, bersyukur.. Dia tahu Adam akan pulang juga ke pangkuannya. Mereka berpelukan.
Posted by DarkSky at 12:05 AM 4 comments
Labels: Misc
Congrats!!! =)
Thursday, November 19, 2009
Nak cakap congrats kat Khairul Aiman yang dapat 5A UPSR!!!
Tuntut, jgn tak tuntut, hahaha.. =)
Bukan senang nak dapat sumthing, ni la masa anda meminta2, hehe..
Posted by DarkSky at 10:28 PM 2 comments
Labels: Family
Bukan jiwa aku?
Wednesday, November 11, 2009
Ofis ni sangat sempit tapi staf bapak ramai gile.. Meja untuk aku lepak pun takde, kena kongsi2, aku tak kisah cuma agak tak selesa ar untuk aku study contract yang setebal kamus dewan.. Untuk pengetahuan korang, aku memang minat Agnes Monica, lagu baru dia kalo tak silap aku Teruskanlah.. Aku minat suara dia, tapi kalo dari pagi sampai petang dengar lagu yang sama berulang2, leh kena migrain kepale aku.. Tak tau la siapa yang pasang lagu tu, agaknya dalam PC dia ada satu lagu je kot, kelmarin aku rasa dekat 100kali aku dengar, sakit jiwa aku, serius.. Dah la aku statik je kat kerusi tu, memang tekanan perasaan aku rasa..
Bila aku baca paper, ada superior sound suh study contract, bila aku study contract, dia kuar gi makan, bila aku concentrate study contract, dia tanya lak aku buat apa, ape kejadahnya la mereka ini.. Try la bgtau, apa yang patut aku buat untuk memuaskan hati ko.. Pagi dorang memang punctual, jarang ada yang lewat, tapi bab balik, 5.20 tu leh kate 95% staf dah pegang beg dah, hahaha, takleh blah aku.. Tapi serius, aku rasa ofis situ bukan jiwa aku.. Aku nk try dulu dalam sebulan atau 2 bulan, kalo takleh masuk gak, aku try plan B, jika masih ada.. Camne la aku nak melalui hari2 aku kat ofis situ, hmm..
Posted by DarkSky at 10:21 PM 0 comments
Labels: Work
Bolasepak kampung..
Sunday, November 8, 2009
Sepertimana yang kita tahu, final bolasepak piala kampung telah berlalu semalam, dan outcome perlawanan tu membuatkan aku berasa lega.. =) Banyak sangat diperkatakan tentang penyokong2 poser haprak tu.. Bukak la mana2 forum atau blog, memang hangat.. Aku bukan nk menyokong, tapi itulah fakta.. Adat permainan ar, takkan nak menang je, Brazil pun kalah2, ni pulak team kampung.. Nasibla mercun2 tu tak kena kepala Royalties yang datang, kalo tak, memang haru ar, hehehe..
Sepanjang pengajian aku dulu, memang aku perasan, dorg ni berpuak2.. Kalau dorang sorg je, memang senyap je ar.. Jangan ar jalan berdua dengan dorang, kalau dorang da jumpa geng2 dorang, memang kena tinggal ar sorang2, korang kena langgar lori kat belakang pun mau kena wat bodoh je.. Kalo ramai berani lak tunjuk samseng.. Banyak lagi yang aku dapat tengok tapi tak perlu la aku senaraikan sebab nanti orang kate aku benci dorang sangat pulak.. Lagipun tak larat nak tulis semua, hahaha.. Bila dapat tengok perangai buruk mereka malam tadi, maka keluarlah semua perasaan amarah dan benci pada mereka yang lama dipendam oleh individu2 yang tak gemarkan perangai rakyat negeri itu.. Macam2 fakta yang mereka keluarkan, kutukan dan cacian ada jugak tapi aku lebih fikirkan dari sudut logik, dan kata2 mereka agak sukar untuk aku sangkal..
Cume adela beberapa manusia yang mengaitkan perbuatan ganas ni dengan unsur fahaman politaik, mencaci ahli politaik.. Ye, aku tau, negeri tu pernah dikenali sebagai serambi Mekah, jadi dalam minda kita, rakyat2nya semuanya baik, dalam ertikate lain, normal la, macam negeri lain tapi lebih baik.. Tapi bila melihat suasana di stadium, maaf kate la, mentaliti low class.. Dengan membawa nama baik negeri tapi berperangai seperti beruk, akan menambahkan lagi kebencian orang ramai dan menambahkan lagi bahan cacian dan kutukan dari pihak lain.. Pastu dorang akan pertahankan diri lak, almaklumla, semangat kenegerian melebihi segalanya.. Bila ditegur, melenting, dia sorang je yang betul, orang lain semua salah.. Susah kita nak pergi jauh kalo perangai camtu.. Tak caye try ar wat perangai gitu kat ofis.. Aku cuma tak setuju la bila fahaman politaik dikaitkan dengan keganasan poser2 haprak ni.. Politaik dan sukan merupakan dua cabang berbeza walaupun kebanyakan orang2 atas mereka mempunyai persamaan iaitu senang dapat duit (under table)..
Kerna nila setitik, rosak susu sebelanga.. Tapi aku percaya, tak semua orang sana perangai macam sial, takkan la semuanya busuk kan.. Masih ada yang perangai baik.. Now it's up to them la kan, nak repair keadaan, amalkan hidup bertamadun.. Semangat negeri tu bagus, tapi jangan terlalu berlebih2 sampai dibenci orang.. Time belajar or berkerja nanti try la bergaul dengan orang negeri2 len, networking tu penting.. Aku tak berapa nak kisah kalo orang nak kutuk negeri aku yang maju tu, sebab tak terkena pada batang hidung aku.. Kalo kena kutuk secara indirect, buat apa nak terasa.. Siapa2 yang sentap tu nampak sangat la cacat, org tak kutuk dia tapi tiba2 nak meroyan..
P/S : One joke aku amek dari forum, "dapat jugak satu gol saguhati. Orang kata itu gol 'ehsan'. Tapi tak tau la kot2 depa tak mau sebut gol 'ehsan', nak sebut gol 'royalti' jugak.." So f**king funny! =)
Posted by DarkSky at 11:47 PM 0 comments
Labels: Sports
Hooligans? Kiss my a**!
Saturday, November 7, 2009
"Hooliganism refers to unruly and destructive behaviour. Such behaviour is commonly associated with sports fans, particularly supporters of association football and university sports. In some countries, the hooligan elements of a group of supporters are known as Category C. The term can also apply to general rowdy behaviour and vandalism, often under the influence of alcohol or drugs."
Kepada orang kampung belah kanan sane (assume aku kat JB menghala ke arah utara) yang kurang memahami ayat2 di atas, biar aku explainkan menggunakan bahasa aku yek, aku try guna bahasa mudah..
"Hooliganism ni merujuk kepada kelakuan memusnah. Kelakuan bangang seperti ini biasanya merujuk kepada peminat sukan, lebih tepat lagi peminat sukan persatuan bolasepak dan sukan universiti. Di sesetengah negara (ehem), unsur2 hooligan sekumpulan penyokong ini dikenali sebagai kategori C (C untuk cacat). Hooligan juga boleh digunakan untuk pelakuan kasar dan vandalism, selalunya di bawah pengaruh alkohol dan dadah."
Aku tak kisah ar kalo kat UK tu, dorang nak gado ke hape, sbb aku rakyat Malaysia, standard bolasepak dorang pun gile babas kalo nak dibandingkan dengan kita.. Tapi orang kat sini lak bangang, main bola tak seberape, fanatik je lebih.. Baling botol ar, bakar mercun ar, nak terbalikkan keta ar, nak bakar keta ar., rosakkan stadium ar. Melayu sgt ke buat camtu?!!! Tak salah nak fanatik, tapi kalo da macam orang gile, sape tak malu weh.. Kat bawah ni ade 2 gambar hooligans, tak sure ni game sape lawan sape..


Ni lak penyokong MU aku rase, sebab merah je aku tengok.. Eh, let take a closer look, is it the famous English hooligans? Or some f**king butt-kissing a**holes acting f**king idiotic crappy bulls**t? WTH is this? Local hooligans? WTF!!!

P/S : Musim tengkujuh ni, kena beringat orang yang kena banjir..
Updated : Aku berasa sangat lega la sebab team satu lagi ni menang, kalo tak, bernanah telinga, leh jadi bahan dorang hingga 100 taun akan datang, mmg dorang suke mengungkit.. Time 0-0 pun da baling botol, bakar mercun dah macam hape, tak paham BM agaknye, mercun takleh bawak masuk, susa btol ar kalo IQ rendah sangat.. Kerusi dibakar, baling apa saje yang boleh dibaling sampai mencederakan wartawan sampai berjahit kepale.. Ingat ni perlawanan antara daerah ke? Sebok bawak budaya kampung tuh.. Perlawanan tak abes lagi, dah keluar stadium, ni bukan penyokong fanatik, ni poser haprak je.. Kalo btol2 ar fanatik, mesti dorang tunggu sampai abes, sbb sayang team kan, ni tak, smangat kesukanan pun takde.. Dapat duit pun gune utk bayar denda je.. Janganla tunjukkan kemunduran diri dengan melakukan perkara seperti manusia2 primitif zaman dulu.. Camne nak maju kalo prangai pun macam _____..
Posted by DarkSky at 8:16 PM 2 comments
Labels: Sports
3 months journey.. =)
Saturday, October 31, 2009
Tadi merupakan hari terakhir aku kat BBR Sales Gallery.. Sekejap je rase dah 3 bulan, walaupun aku sering cakap yang aku tak banyak kerja, tapi aku blajar banyak jugak sebenarnya.. Walaupun aku ni Sales Admin, tapi leh kate mcm ofis boy ar, sume mende aku wat.. Kejayaan aku yang paling best ialah aku berjaya jual sebijik umah corner lot bernilai hampir rm500k.. =) Aku tak banyak keluar2 macam budak2 lain, tapi bila aku dapat kuar, aku mmg enjoy ar, sbb susa nk dapat peluang tu..

Makan seafood kat Jeram, tapi aku makan ikan jela, kang makan seafood aku bertukar menjadi Incredible Hulk lak..

Banker blanje, tengkiu Brader Nik.. =)

Makan2 kat ofis, time ni da ujung2 Syawal, kire jamuan raye ar nih..

Time Quarterly Progress Meeting.. Jejaka berbaju putih di ujung sane ialah our HR VP..

Muke2 kelaparan.. Dak2 laki wat2 concentrate lak..

Dak2 Property yang sangap nak makan.. Wanita bertudung hitam sane ialah our HR Sr Exec..

Workstation aku.. =) Peta BBR punya development sentiasa ada.. Cawan nescafe wajib ade stiap ari, minimum 2 cawan..

Agak banyak barang bagi seseorang yang tak banyak kerja, hehehe.. Aku sorang je pakai monitor gabak, staf len sume pakai LCD.. Yg itam kat bawah pic ni ialah puncher gergasi yang aku pakai setiap kali nak bukak file untuk new purchasers..

Fail itam yg berdiri kat atas meja tu ialah file product, yang kat bawah tu file TNB/Syabas utk phase 14(ii), file biru dgn merah tu file purchasers..

Workstation aku dari sisi belakang..

First time aku amek pic pakai mode panorama, akhirnya menjadi gak, biasenye mcm gampang je hasilnye.. Tahniah kepada saye.. =)

Tengkiu Kak Lily, blanje Kenny Rogers.. =) Aku tak tau weh nak order ape time masuk kedai tuh, first time lak tuh, meal dia sume mahal2 tahap dewa, rasenye ni last time la kot aku makan situ, huhu.. Aku makan habis sume, ni Kak Lily suh aku bawak balik, hehe..

Me.. =)
Posted by DarkSky at 12:16 AM 4 comments
Labels: Work
Istiadat Konvokesyen ke-71.. =)
Saturday, October 24, 2009
Konvo kali ni dapat la aku amek gambor banyak sket, lagipun ni maybe last time aku dapat jumpe member2 aku yang lain kan, sume ade hala tuju masing2, da kaye raye mereka dengan gaji yang beriban2, nak dibandingkan dengan aku nih.. Tahniah aku ucapkan utk semua member2 aku yang konvo kali ni, Bajet 2011 ade peruntukan 9b utk infra, so pandai2 la yek.. Hepy sangat bile family aku datang dr JB semate2 untuk konvo ni walaupun aku grad tak seberapa, pas makan kitorang gi UNISEL lak, tengok adik perempuan aku.. Puteri pun ikut sekali taw.. =)
Berbaloi cuti konvo aku nih, dah la ofis tak cukup staf, ramai staf gi training kat Wisma UEP, training sistem IFCA, dah takmo pakai Exapta lagi dah pasni, hehehe.. Aku gak la separuh mati mengangkat telefon dgn layan walk in customer ari isnin dengan selasa arituh..
P/S : The singing fella during the break sang like a stupid sissy but his partner was amazingly superb! Good job girl! =)
Posted by DarkSky at 9:35 PM 2 comments
Labels: Family
Sunday journey..
Monday, October 12, 2009
1. 'Polis trafik padang jawa' menjaga jalan on the way aku nak gi komuter, tapi jalan yang dia jaga tu one way and barely ade kereta lalu..

2. Seating komuter yang mengadap satu same lain tu buat aku stress tengok muka orang depan aku..

3. Stesen Kuala Lumpur ada orang nak shooting, tapi aku just nampak crew2 je ar, pelakon sume takde lagi..
4. Open house Mak Lang seronok dapat makan macam2 tapi kontrol gak ar perut sebab petangnya ada open house lagi..

5. Garmin aku tak dapat detect kat ar Taman Hulu Langat Jaya, stengah jam carik umah open house tuh, berpusing2, orang kat sana tak reti pasang signboard agaknya..
6. Road tax untuk Mercedes CLS63 AMG ialah lebih kurang RM5,500..

7. Road tax untuk BMW 6 Series Coupe ialah lebih kurang RM8,500..
8. Road tax untuk Lamborghini Murcielago ialah lebih kurang RM17,000..
9. Fakta 6 & 7 aku tengok dengan mate kepale aku sendirik.. =)
10. Kekerapan komuter breakdown adalah sangat tak produktif dan menyusahkan pengguna..

11. Bila dah masuk negara orang lain, tolong jaga sikap korang tu, jangan bawak budaya kurang hajor negara korang kat Malaysia nih..

12. Laksa Johor memang best.. =)

13. Bila kita berhati2 pun, kalo benda nak jadi, memang takleh elak.. Kereta ku kini ber'stripe' di tepi..
13. Diana Rusdi in person is really hot!!! =)

Posted by DarkSky at 9:20 PM 0 comments
Labels: Misc


