Syukur.. =)
Saturday, August 14, 2010
Amy SMS aku petang semalam, tanya dah check belum result PAC aritu.. Aku yang baru nak mandi2 terus turun bawah nak check, dan ALHAMDULILLAH, aku lulus.. Aku perlukan doa dan semangat dari rakan2 semua untuk aku berjaya lepas interview ni.. Tolong ya rakan2.. =)
P/S : Pagi ni, website SPA takleh nak bukak pun, huhuhu..
Posted by DarkSky at 10:40 AM 0 comments
Labels: Work
Barcelona new away kit..
Thursday, August 12, 2010
Time raya taun lepas, aku beli jersi Barcelona Away kat Paksu.. Warna jersi tu agak kelakar, tapi pada aku unik ar, aku rasa tak ramai yang pakai kot.. Aku pun jarang nampak orang pakai..
And guess what, this year punya away shirt lagi macam haram warna dia.. Aku memang suka pakai benda yang lain dari yang lain, tapi tak tau ar kali ni aku sanggup pakai ke tak, haha.. Baju home dorang of course ar lebih kurang sama je dari tahun ke tahun, yang selalu tukar memang away shirt..
Tapi ada gak version aku tengok kat Internet, baju camni tapi kaler biru.. Tapi maybe kaler ni confirm jadi dorang punya away kit.. Nanti ar aku pikir camne, huhu..
P/S : Adakah anda berani mencuba? Hahaha..
Posted by DarkSky at 11:49 AM 0 comments
Labels: Entertainment
Selamat berpuasa.. =)
Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam yang berada di mana jua anda berada.. Puasa taw, jangan nak ponteng lak kalo takde alasan kukuh, kang kena nek keta mayat baru tau, haha..
P/S : Jom carik baju raya next week.. =)
Posted by DarkSky at 11:42 AM 0 comments
Labels: Family
Bermakna sungguh, huhu..
Monday, August 9, 2010
Gambar2 yang aku tengok kat fanpage Unstoppable Penipu!!!.. Klik SINI..
Posted by DarkSky at 7:36 AM 0 comments
Labels: Pig
Pengurus Besar Sime Darby hadapi tuduhan rasuah RM99k..
Saturday, August 7, 2010
Petikan dari website Malaysian Insider.. Klik SINI..
Pengurus Besar Sime Darby hadapi tudugan rasuah, jual maklumat
TERKINI @ 11:23:08 AM 06-08-2010
Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani dan Radzi Razak
August 06, 2010
SHAH ALAM, 6 Ogos — Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan Sime Darby Marine, Zamri Mohd Iderus pagi ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini berhubung kesalahan menjual maklumat konglomerat itu dan menerima suapan daripada seorang ahli perniagaan dua tahun lalu.
Zamri berhadapan dengan dua tuduhan masing-masing di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 132(2)(b) Akta Syarikat 1965.
Mahkamah membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin manakala pasportnya ditahan.
Ini kes pertama seorang pegawai pengurusan dihadapkan di mahkamah sejak Sime Darby dilaporkan mengalami kerugian hampir RM2 bilion ekoran kesilapan pelaburan dalam dan luar negara.
Zamri, sebagai ejen Sime Darby, dituduh menjual maklumat mengenai harga bidaan projek “copper nickel piping” kepada Kamarudin Hussin, yang mewakili Arrow Platform (M) Sdn Bhd, untuk tujuan mendapatkan keuntungan.
Dia didakwa menerima dua cek yang masing-masing RM50,000 dan RM49,000 daripada Kamarudin dan melakukan kesalahan itu di Warung Junction, Summit Hotel di Subang Jaya pada 7 November lalu di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997, yang membawa hukuman penjara tidak kurang 14 hari dan tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda suapan.
Zamri dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk menghadapi dua tuduhan pagi tadi. — Gambar Jack Ooi
Zamri, 39, kelihatan tenang dan tidak mengaku bersalah atas kedua-dua tuduhan dan minta dibicarakan.
Tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Aznaniz Teh Azman Teh kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.
Di bawah tuduhan kedua, Zamri didakwa “menerima keuntungan langsung” dengan menjual maklumat kepada Kamarudin di Sime Darby Complex di Subang Jaya.
Difahamkan Kamarudin tidak dikenakan tuduhan kerana pendakwa mahu memanggilnya sebagai saksi dalam kes Zamri.
Jika sabit kesalahan terhadap tuduhan kedua, Zamri boleh menghadapi hukuman penjara lima tahun, denda RM30,000 atau kedua-duanya sekali. Zamri diwakili oleh Jasin Tay. Berdasarkan kertas tuduhan, Kamarudin yang didakwa memberi cek-cek kepada Zamri, mempunyai kepentingan dalam Arrow Platform. Syarikat itu membina komponen dalaman bagi platform minyak. Hakim menetapkan 28 September ini untuk sebutan semula kes ini.
P/S : Ini bukan kes rugi 2b tu, ni kes2 kecik yang mungkin selalu ada tapi kita tak tau..
Posted by DarkSky at 10:28 AM 0 comments
Labels: Politic
Petikan dari Sinar Harian..
Friday, August 6, 2010
Petikan dari Sinar Harian.. Klik SINI..
Wanita hina Johor
SENAI - Pelayar sebuah laman web sosial semalam dikejutkan dengan luahan berbaur penghinaan daripada seorang wanita terhadap negeri Johor.
Kenyataan wanita terbabit mencetuskan kemarahan rakyat negeri ini yang mahukan beliau memohon maaf secara terbuka.
Dalam laman sosial tersebut, wanita yang berasal dari Kulim itu meluahkan perasaannya pada 14 Julai dengan meletakkan status: “Ya Allah hinanya Johor Bahru nama je dekat dengan Singapura belum maju rupanya... baik aku duduk Kulim macam ni.”
Difahamkan kisah luahan itu bermula apabila wanita tersebut yang sedang hamil mencari biskut jenama terkenal di Johor Bahru, bagaimanapun tidak menemuinya.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor, Md Jais Sarday ketika mengulas kejadian ini berkata, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan, apatah lagi ia menyentuh sensitiviti negeri dan rakyat.
“Penulis ini siapa, dia tahu ke apa pembangunan yang berlaku di negeri ini? Kalau dia nak persoalkan pembangunan di sini, apakah sumbangan beliau terhadap negeri? Kita berbangga dengan Iskandar Malaysia, dalam masa 10 tahun akan datang Johor akan berubah, jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan sebegitu.
“Kita tidak boleh bergurau dengan perkara sebegini,” katanya.
Sinar Harian turut mendapatkan reaksi awam yang rata-ratanya mahu wanita tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka.
Pekerja swasta, Amril Aron, 31, menyatakan rasa terkilannya terhadap kenyataan itu.
“Beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap apa pun ketidakpuasan dalam laman sosial secara terbuka, ia tidak boleh diterima kami sebagai rakyat Johor,” katanya.
Eksekutif Pemasaran, Hairun Nisa Syed Esa, 23, berkata, kenyataan sebegitu melihatkan keperibadian dan kecetekan ilmu seseorang.
“Saya terkilan dengan kecetekan pemikiran individu seperti ini. Beliau patut memohon maaf kepada seluruh rakyat Johor.” katanya.
Sementara itu, Yahya Kiprawi, 31, berkata, beliau menghormati pentadbiran dan negeri Johor walaupun bukan berasal dari negeri itu.
“Walaupun bukan anak kelahiran Johor, namun saya mencari rezeki di sini, dan saya menghormati negeri, pemimpin dan penduduk Johor. Walaupun mungkin hanya gurauan, namun kenyataan menghina ini tidak boleh diterima pakai,” katanya.
Bagi kakitangan kerajaan, Surahati Abu Hassan berkata, beliau menganggap kenyataan sebegitu tidak sepatutnya dibuat memandangkan ia bersifat kenegerian.
“Laman web sosial bukan tempat meluah perasan, tidak perlu sebut perkataan tak elok. Minta minta maaf dengan terbuka, sememangnya hati rakyat Johor sudah terluka,” katanya.
Sinar Harian berusaha untuk menjejaki wanita tersebut di laman sosial terbabit, namun akaun penama sudah ditamatkan.

P/S : Carik la kat ofis, mesti jumpa punya..
Posted by DarkSky at 11:00 AM 0 comments
Labels: Pig
Fanpage nor 'Famous Amos' azita osman..
Thursday, August 5, 2010
Page baru lak untuk nor 'Famous Amos' azita osman.. Sila klik SINI..
Dengan tengok pic ni, banyak benda aku leh hina ko.. Tapi aku kena bersabar, lagipun IQ aku tak same dengan makhluk ni.. Aku tak cukup bodoh lagi nak menghina orang pasal hal yang remeh temeh..
Posted by DarkSky at 5:54 PM 0 comments
Labels: Pig
nor 'Famous Amos' azita osman..
Fanpage nor 'Famous Amos' azita osman telah ditutup.. Aku pun tak tau apa sebabnya.. Agaknya takut ibu mengandung tu meroyan kot.. Hari ni dia pergi ke ofis kat Tanjung Puteri tu? Ada tak ofismate dia nak bagi dia hadiah biskut arini? Kalo ada tu memang makhluk ni patut bersyukur, sebab bsusah payah kawan dia belikan kat Senai..
Sila lahirkan anak ko kat tempat lain, ataupun cuba try lahirkan anak ko tu kat sebelah biskut Famous Amos, mesti gempak gila kan.. Gi carik keje kat tempat lain, yang ko rasa lagi maju dan sesuai dengan IQ ko yang satu angka tu..
Mengikut kajian di fesbuk, jika tiada ini di negeri anda, maknanya negeri anda ****. (nor azita osman, 2010)
P/S : Negeri tempat makhluk ni bekerja pun dia sanggup hina, tak mustahil dia akan menghina hal2 lain seperti di pejabat.. Diharap pihak KDRM dapat mengambil perhatian atas insiden ini.. Dengan adanya staf yang sebegini, nama baik KDRM akan terkena tempias..
Posted by DarkSky at 9:02 AM 0 comments
Labels: Pig
Penghina negeri Johor..
Wednesday, August 4, 2010
Ada saja la nak buat aku panas malam2 hari ni.. Ada sekor makhluk kat fesbuk, yep, fesbuk lagi, yang tak pandai nak jage mulut.. Mulut makhluk ni bukan je busuk macam longkang, tapi lagi busuk dari taik dia sendirik..
Meh join grup ni.. Klik SINI..
Aku tak paham la nape orang tak belajar dari kesilapan orang lain.. Masih jugak nak tunjuk hebat.. Kebebasan bersuara tak bermaksud kita bebas untuk menghina sesiapa ataupun sesuatu..
Pada makhluk ini, orang JB pun tanak anak ko lahir kat JB.. Dan ko harus mempertingkatkan lagi tahap ke-urban-an ko tu sebab dari ayat ko pun, dapat dilihat iaitu takrifan maju pada ko ialah dengan makan Famous Amos.. Tahniah kepada anda wahai Nor Azita Osman..
P/S : Mengikut info2 yang disebarkan, makhluk busuk ni kerja sebagai Kastam, and surprisingly kat Johor.. Tempat ko carik makan gak ko hina, berkat la duit gaji ko tu agaknya.. Letak gambar free hair lagi elok aku rasa, kurang la sket malunya..
Posted by DarkSky at 8:42 PM 0 comments
Labels: Pig
Deck baru..
Oleh sebab masa aku yang leh kata agak banyak skang, aku selalu la layan youtube.. Video yang aku layan selalu ialah flash mob dengan card tricks.. Hari tu aku ada bace magazine Infiniti, kat ruangan magik tu, tengok2 ada kawan aku, featured dalam situ.. Memang selalu aku nampak dia buat magik, kadang2 aku dengan Puteri nampak kat Plaza Alam Sentral, kadang2 aku nampak dia kat Uptown Shah Alam..
Oleh kerana kegatalan yang amat sangat, aku pun beli lak deck baru..
Cantik kan?
P/S : Skang aku tgh pikir, apa aku nak buat dengan deck ni..
Posted by DarkSky at 2:44 PM 0 comments
Labels: Misc
Subscribe to:
Posts (Atom)