Aku beli jam ni beberapa minggu lepas, online shopping, tapi yang buat taiknya syarikat penghantaran dia la.. Pemalas gila, ada satu hari tu, aku duduk je kat rumah, semata2 nak tunggu dia datang, pastu sedap2 cakap aku takde kat rumah, aku pelik gila.. Rupanya orang yang hantar tu tak naik pun rumah aku, dia try call aku tapi tak dapat, pastu assume aku takde kat rumah, macam bodoh, nama syarikat tu Pek-Udara Express (sila translate), kalau FastPost (sila translate) lak, kadang2 orang yang hantar tu muka sombong, benci tol..
Hari ni aku gi Sunway Piramid.. Nampak la jam ni kat kedai jam, harga dia takleh blah gila beb, memang tak mampu aku nak beli, hahaha.. So, pengajarannya di sini, kena selalu survey harga dulu, jangan terus sambar je, hehehe.. Jam ni satu je leceh, leceh nak pakai dengan nak bukak, kalau orang tangan besar seksa ar sket.. Dia ada version baru, tapi bukan plastik, dia getah, so lagi mudah ar nak pakai, tak perlu berusaha sedaya upaya sangat.. Tu mahal sikit, tambah RM50 dari harga jam yang plastik tu..
0 comments:
Post a Comment