Petikan dari Kosmo, 27 April 2009..
MENJADI senario biasa penduduk di selatan Johor menghidupkan televisyen seawal pukul 5 pagi. Dalam bersiap untuk menunaikan solat Subuh, sempat juga mereka menonton program ceramah agama. Dengan pilihan 12 saluran televisyen Indonesia yang bersaing menyiarkan slot kerohanian bersama kiai ternama, menonton TV awal pagi bukan aneh. Warga Johor juga bertuah kerana menikmati secara percuma tujuh lagi saluran dari Singapura.
Hakikatnya budaya menonton televisyen di Johor barangkali lebih ke hadapan berbanding penduduk di negeri-negeri lain. Tidak hairanlah kita melihat sebahagian besar bumbung rumah di selatan tanah air itu memasang antena yang cukup tinggi. Tetulang antena pula menuju ke arah Batam, Kepulauan Riau untuk mendapatkan siaran Indonesia; Bukit Batok bagi menerima liputan TV Singapura dan Gunung Pulai, Kulaijaya yang memancarkan enam saluran televisyen teresterial Malaysia.
Mewahnya siaran TV menyebabkan kanak-kanak Johor suatu ketika dulu malah mampu menghafal lagu kebangsaan Indonesia Raya, Majulah Singapura selain Negaraku akibat pengaruh televisyen.
P/S : Bila aku baca petikan ni, aku teringat time aku kecik2 dulu, leh kate channel faveret aku ialah Channel 5, memang best gila ar channel nih, aku nak cakap macam mana pun tak reti, tapi aku lagi layan Channel 5 dari TV3, sebab cerita2 yang ada memang best sangat.. Aku mengaku, aku pernah hafal lagu negara Singapura, kalau ada kat TV aku pun nyanyi sekalik, takyah tengok lirik kat bawah skrin pun, hahaha.. Aku hari2 bangun 5.10 pagi time sekolah rendah dulu, padahal sekolah aku bukan jauh sangat, dalam 200 meter dari rumah aku.. Bila bangun pagi je, lepas mandi aku akan bukak TV, tengok la apa2 yang ada, dalam kol6 macam tu Mama bangun lak, buatkan sarapan (thanks so much Mama).. Aku suka tengok TV pagi2 macam tu, eventhough rancangan apa aku tengok pun aku tak tau, tapi tu kire peneman aku la pagi2 buta camtu, sebab dulu aku ni agak penakut gak la.. Aku akan pergi sekolah dalam pukul 6.30 pagi, jalan kaki gi sekolah sorang2, aku orang pertama sampai kat kelas, so aku sempat la bersih2 kelas.. Huhuhu, macam tak caye je aku ni rajin time sekolah rendah dulu.. Memang aku sangat menjaga masa la dulu, aku rasa sampai sekarang gak la aku jaga masa, cuma kadang2 aku lambat gi kelas, tapi aku tak merungut la sebab hidup aku ni menumpang orang.. Tapi kalau aku boleh datang awal, aku akan datang awal, biar aku tunggu lecturer datang, jangan aku dah datang kelas lecturer dah ada, aku rasa macam kurang hajor pulak macam tuh, sangat tak respect pada orang yang nak bagi ilmu pada kita.. Artikel ni tak membuatkan aku poyo2 dengan semangat kenegerian, hahahaha..

2 comments:
bestnye dpt tgk byk channel kt tv...=) kt sini mmg xde peluang ar nk rase cmtu.huhuhu
takpe, kang dapat tengok gak kan.. =)
Post a Comment