Ahad dengan Isnin lepas aku gi bercuti kat Melaka.. Mama ada macam membership apa tah, so leh dapat tido kat hotel satu malam free.. Hotel ni kat Tanjung Kling.. Nampak macam gah tapi agak teruk gak la aku rasa.. Masuk2 je bilik, tengok bersepah2, tak kemas langsung.. Bilik aku tu lampu takde pun lampu putih, semua lampu romantik.. TV dapat RTM2 je, shower dalam toilet rosak, takde paip untuk amek wuduk, dan yang paling bangang, phone pun rosak.. Kira ni tempat paling worst ar aku penah gi..
Pantai Klebang skang da kena tambak jauh sangat ke tengah, aku pun tak tau kenapa.. Banyak benda baru jugak la aku tengok sebab lama dah aku tak gi situ, tapi yang pasti, nak gi Bandar Hilir skang da kejap je.. Tapi nak keluar Bandar Hilir tu macam gampang, road sign macam kambing, berpusing2 berapa kali tah.. Bangang ar dorang nih, dah la tempat tourist, orang ramai nak gi situ, so amekla inisiatif sket, construction bukanla sebab road sign macam taik.. Kitorang dapat park kereta paling dekat skali dengan A Famosa, lucky betol.. Sini walaupun kena bayar parking, tapi bagus, ada tiket tu boleh pakai untuk sehari walaupun nak park kat mana2, RM5 je..
Esoknya gi Zoo Melaka lak.. Gi zoo memang best, mengembalikan kita pada zaman kanak2 kita.. Sebab dapat tengok binatang, burung, biawak dan macam2 lagi la.. Mula2 kitorang jalan tapi pastu nek tram, sebab penat.. Tapi serius best ar, last skali aku gi Zoo Melaka ialah pada 1998, trip lepas UPSR..
Ni horror gak ar, biawak ni terkeluar dari tempat dia beb, member dia sume kat sebelah kanan, die boleh lak ada kat situ..
On the way balik tu kitorang singgah Ayer Hitam, saja nak bagi Mama tengok2 tembikar and barang2 kat situ.. Ada jual pedang tu smart sangat, tapi beratus la harga dia.. Jarang2 aku jumpa kat tempat lain.. Aku parking kat tempat free, tapi ada lak babi duduk situ kutip duit, time aku park dia mintak, time aku balik pun dia mintak, kang aku siku meninggal lak apek tuh, aku pun bagi jela..
Apa2 pun aku rasa seronok ar dapat gi cuti camni, sebab dah lama tak dapat rehat2 even just gi Melaka je kan, hehehe.. Aku harap2 bila2 nanti dapat gi bercuti lagi dengan family, family is everything to me.. Sory posting kali ni tak berapa menarik, sebab aku tak reti nak buatkan cerita ni jadi enjoyable.. Aku pun baru je sampai JB malam tadi, so badan ni agak letih sket..
0 comments:
Post a Comment