Mentor 3 kali ni agak unik sket la berbanding before nih, sebab ada peserta yang tak dapat masuk yang dorang jemput untuk nyanyi pada setiap minggu.. Last week Ally Iskandar kate 2 daripada 7 orang ni akan bertanding time final Mentor 3 untuk merebut wang tunai sebanyak RM1000.. Orang luar boleh undi kat sini..
Kalo tengok kat gambar nih (klik untuk besarkan gambo), hari ni 2 Julai 2009, jam 8.40 pagi, undian tertinggi memihak kepada budak Pop Yeh Yeh.. Tapi pada aku la, lepas aku dengar persembahan dorang, yang aku rasa layak and sedap didengar ialah Azmarul dgn Syuhada.. Korang try la dengar dulu b4 voting tuh..
Aku nk tegur sket la pasal juri awam.. Aku rasa juri awam ni banyak yang bangang2 la, aku tak kate la semua budak course muzik ni bangang, cume tu ape yang aku rasa je la.. Bawak name UiTM Shah Alam dengan Aswara konon, tapi vote ikut mane yang dorang suke je, bukan based on musical talent, ada ke bg mamat takleh nyanyi tu 20, tapi bagi Black 11.. Come on la juri awam, jangan la menonjolkan kebodohan anda semua pada Malaysia.. Aku rasa kalo juri awam ni semua buta, confirm Black menang sebab juri awam kena dengar pakai telinga.. Ni tak, dorang semua undi pakai mata, tengok mamat takleh nyanyi tu jambu sket, undi dia, abaikan vokal Black yang mantap semate2 rupa paras dia.. Memalukan IPT korang je.. Mentor 3 Separuh Akhir 1 ni membuat rekod mempunyai juri awam terbodoh skali dalam sejarah Mentor.. Nasib ada juri professional yang tak buta muzik.. =)
5 comments:
maybe diorg ni buta dan mentally disorder..
nak tekan nombor lain, nombor lain yg ditekan..
tu psl markah cam markah kertas exam diorg..
nama pon kursus seni, sah2 la..
hahaha
tu la pasal..
dorang kene repeat balik ar dr awal sem..
patutla muzik negara kita tak maju, tengok dorang ni pun kite dah leh agak..
hm..tah la ek, zaman2 rock kapak gak best. gua slalu terpikir, bile la m.nasir nak dpt pangkat dato' eh? heheh
skang ni artis poyo je kebanyakan..
btol gak tuh weh, tapi jgn risau, kang Pahang bagi la M. Nasir pingat dato', dorang kan pemurah, hehehe..
A'kum...firstly,aku nak bgtau,aku bukannya fan Chaq atau Blank atau sape2 tapi aku mmg jd follower mentor. aku suka tgk mentor, AF(kdg2),OIAM, X-Factor(Britain) ngan American Idol.
Bukan aku tak setuju ngan ko but untuk lebih kurang sedekad umo program realiti dia M'sia,rasanya sume org dah dapat baca perjalanan karier seseorang peserta, sebab tu dorang undi sebab dia tau mana contestant yg betul2 akan menyinar.Black bleh menyanyi, range vokal dia mmg tinggi mcm Lan MUH tp satu silap dia adalah "kedatangan" dia dalam Mentor 3 tak tepat pada masanya sebab M'sia sudah ada Lan MUH dan lebih malang lagi kalau Black jd juara (peluang besar),orang akan bandingkan Black ngan Fiq (Mentor 1), apabila perbandingan bermula, makanya,aura atau pesona black akan pudar. Sama macam Fiq, sebab dia totally ikut style Amy Search.Vokal dia bagus tak org dah tak bleh mempetaruh setiap sen dan ringgit untuk beli CD untuk bintang yang "copy & paste".
Jika banding ngan Aweera OIAM 3, rasanya Aweera lagi bagus kot sebab vokal dia superb, cume dia betul2 polish secara teknikal n persembahan.
Menyentuh pasal Chaq, mula2 aku tak setuju gak bile dia dapat full mark tp mcm aku cakap td, org takkan undi sebab satu persembahan tue saje sebab kalau berbicara soal potensi, Chaq lebih menyinar sebab belum ada lagi seseorang bleh menyanyi dan dance at the same time. Sebab tue la Stacy skang antara new sensation yg semakin laku, sampaikan orang yang tak pernah vote dia masa AF6 dulu pon minat kat dia.Why? sebab dia adalah produk baru dalam pasaran Malaysia yang belum ada.
May be some people will disagree with me tp aku yakin tue la fenomena yang berlaku. Mentor 1 & Mentor 2 dua2 juara mmg bintang rock, Pija dan Fiq tapi sampai skang dorang tenggelam walaupun single dorang bleh tahan. Dan mungkin nie bleh jadikan alasan nape kali nie orang tak yakin ngan bintang rock baru. Aku rasa bende akan mempengaruhi undian Black.
Soal rupa mmg tak leh dinafikan. Org M'sia takkan bleh lari daripada stigma itu. Aku rasa kalu Susan Boyle (Britain's Got Talent) masuk mentor pon tak da sapa nak undi walaupon bakat dia luar biasa.
aku arap comment nie tak sakitkan ati sape2, aku pon tak vote sbb aku lebih berminat nak tau apa yang akan berlaku pas dorang kuar jadi bintang, jd, tak timbul aku bias kat Chaq atau Black.Wassalam.
Post a Comment