Dah berapa hari aku tak blogging.. Maknanya mood nak menulis tu tak datang la.. Oleh kerana malam ni aku ada masa sket sebab esok Sabtu, aku pun tulis la yek..
Minggu ni semua tengah layan Piala Dunia.. Piala Dunia ni memang best sangat, bukan saja sebab ia 4 tahun sekali, tapi ia juga melibatkan pasukan2 bolasepak terhebat dunia.. Ketika Piala Dunia ni berjalan, ranking no. 1 dalam FIFA ialah Spain, dan Korea Utara adalah team ranking terendah dalam edisi kali ni.. Tapi banyak gak match yang aku tak tengok sebab aku malas nak keluar gi restoran semata2 nak tengok bola.. TV1 pun match tah hape2 je yang dia tunjuk, tapi bsyukur jela, dari takde langsung kan..
Pada masa aku menulis ni, penjaring terbanyak adalah encik Higuain dari team Argentina, hatrick terus lawan Korea Selatan.. Tapi jaringan yang paling cantik setakat ni semestinya jaringan Maicon dari team Brazil time lawan Korea Utara.. Memang tak dijangka2 leh gol, memang gempak ar dia score, kang aku try carik kalo ada dalam Youtube.. (UPDATED, sila klik SINI untuk melihat video.. Awas, video ini mungkin akan memeningkan kepala anda kerana kualitinya yang tinggi)
Banyak gak keputusan yang pelik kali ni.. France (pasukan pilihan Group A) baru dapat satu point dari 2 perlawanan, macam takde peluang nak ke Pusingan Kedua.. England (pasukan pilihan Group C) lak hanya mampu seri dengan USA, goalkeeper dia ada semangat goalkeeper Kedah yang tak reti tangkap bola.. Germany (pasukan pilihan Group D) lak lagi pelik, dah sedap bantai Australia 4-0 hari tu, tengok2 tadi kalah dengan Serbia lak 1-0.. Hanya Argentina (pasukan pilihan Group B) je yang nampak selesa selepas 2 kemenangan.. Group2 lain masih tak boleh nak komen sebab baru lawan sekali, so tak tau kat mane hala tuju dorang..
P/S : Aku rasa match paling tak laku ialah Netherlands vs Denmark, sebab negara ni kan banyak kartunis yang kerjanya asyik menghina Islam je..
2 comments:
wc this year xmenarik siyal bg gwa
xtau nape...
blame the ball, but not the players, wakakaka..
Post a Comment