Okay, after breakfast yang tak macam breakfast (sebab aku takde selera), kami pun gerak menuju INTAN Wilayah Timur.. Even kat kedai tu pun aku dah nampak calon2 lain sebab attire yang dorang pakai, iaitu pakaian sukan.. Menambahkan lagi neves aku.. Bila dah sampai dalam, para calon semua kena tunggu kat ruangan menunggu.. Abah pun balik la ke Hotel Shafura tu.. Time duduk2 tu sempat la berkenalan dengan calon2 lain.. Most of them are from KL & Selangor.. Bila aku cakap je aku dari JB, dorang macam shocked ar sebab jauh.. Situ pun aku da moral down dah, dorang ni kalo speaking mesti berapi punya..
Semasa pendaftaran, kami diberi nombor badan, kena ukur berat serta tinggi, dan yang paling pelik, kena amek gambar macam buat kawad cam tu, huhu.. Lepas pendaftaran tu kami semua diberi taklimat berkenaan dengan kursus dan jawatan pegawai ni.. Tapi aku rasa most of us memang tak berapa fokus sebab tak tau apa yang akan dihadapi sebentar lagi, dalam kepala tu macam2 fikir.. Pegawai tu pun tegur nape muka semua orang ketat je, haha.. Dalam banyak2 tu, ada gak yang dapat biasiswa JPA (budak2 pandai), ada sorang tu study kat Korea kot, dan ada jugak yang pernah pergi PAC before ni.. Ramai jugak yang tua2 kat situ, aku rasa yang paling muda maybe dalam usia 23-24.. Yang paling tua (aku nampak no IC dia) ialah 31, tapi tu yang aku nampak la, tapi aku yakin je ada ramai lagi yang lebih tua dari tu sebab dapat tengok la fizikal dorang camne.. Kami semua dibahagikan kepada 13 kumpulan..
PAC ni memang menekankan tentang presentation.. It's all about presentation, memang dia nak tengok macam mana kita berinteraksi dan menegakkan hujah kita bila dorang tanya2.. Macam first presentation aku, akak fasilitator tu banyak jugak la tanya, aku tak tau adakah ianya bagus atau tak bila dia tanya2 tu, poin2 aku tak cukup kuat ke? Tapi aku berjaya la jawab semua soalan dia.. Kita kena present dengan penuh keyakinan, jangan nampak diri kita goyah walau seinci pun.. Dan yang penting, pastikan fakta2 kita betul sebab fasilitator semua bukan orang2 biasa, huhu..
Petang lak ada games yang aku rasa macam kelakar pulak, just simple games tapi agak memeningkan.. Ouh ya, kumpulan untuk pagi dan petang adalah berbeza, kumpulan aku time pagi memang sempoi dan seronok berkongsi idea.. Bukanla kumpulan aku untuk petang tu tak best, tapi nampak yang dorang ni memang out-spoken, dorang cakap je apa dorang nak cakap.. Tak kira la Melayu, Cina atau India, memang bijak2 belaka.. Nampak macam best, tapi bila berada dalam kumpulan camni, peluang untuk aku menyerlah depan fasilitator tu jadi agak kurang la, dorang pulak speaking memang berabuk, adoyai..
Nasib la time public speaking tu aku dapat tajuk yang aku boleh relate dalam kehidupan aku.. Walaupun kadangkala aku terhenti sekejap tapi reaksi yang mereka berikan agak positif, so aku rasa lega sket la, takla down sangat.. Ada satu mamat dalam kumpulan aku ni, senyap je time games, tapi bila time public speaking, dia speaking slang British, maybe dia further studies kat UK kot, tergezut aku sekejap.. Dan yang paling fluent ialah sorang akak ni, present pasal "Card", tak putus2 ceritanya, sampai habis 5minit, memang kagum aku tengok..
Yang paling aku tunggu ialah larian 2.4km.. Larian ni sebenarnya di antara games dan public speaking, bukannya aktiviti yang terakhir.. Aku bajet boleh dapat kad warna hijau, tapi dapat warna pink, cehhh, masih tak cukup stamina aku ni.. Setiap warna kad tu menunjukkan kita lari dalam masa beberapa minit, ada la range2 dia.. Memang aku push diri aku sangat sampai sakit kaki malam tadi.. So after this, I have to exercise more.. =)
Ni la sedikit sebanyak pengalaman aku di PAC.. Aku ada sedikit rasa ralat sebab tak dapat nak buat yang terbaik.. Tapi mana tau kan, insyaALLAH kalau ada rezeki, boleh ke stage yang seterusnya.. =)
4 comments:
it's ok...dun take urself too serious.enjoy je..u did ur level best rite?i'm very proud of u dear...=)
okay, kinda disappointed a lil bit.. but I'm hoping for the best.. =)
hi, akk pnah sampai stage PAC ni masa umo akk 22 thn iaitu 6 thn lalu, masa tu xde pengalaman keje, mmg gerun tgk calon2 laen hebat2belaka...pastu xtry dh.ape pun, ia pengalaman yg sgt berharga.gud luck 2u.
22 taun? tu kire muda jugak lak tuh.. gerenti lagi cuak.. yang datang2 tu sume memang talented, peluang nak dapat tu mmg 50-50..
Post a Comment