Berakhirlah sudah satu debaran sehati berdansa temuduga.. Penantian satu penyeksaan, memang betul.. Sebab dapat tau time bulan puasa or before bulan puasa yang PAC hari tu dah lepas.. Aku pulak dijadualkan interview selepas hari raya di JPA Putrajaya.. Nasib baiklah ada sedara yang tinggal kat sana, bolehlah kami bermalam tanpa perlu mengeluarkan kos, haha..
Bila pergi Putrajaya je, mesti aku teringat time study dulu, assignment boleh tahan banyak jugakla dibuat di sini.. Faktor pemilihan Putrajaya ni semestinya rekabentuk bangunan dan jambatan yang moden.. Pelik jugak aku, camne boleh ada tah mulut2 busuk yang kate Putrajaya ni satu pembaziran, kat situ dah nampak betapa pendeknya akal dorang.. Dengan adanya building yang gah macam ni, industri pembangunan akan terus berjalan..
Aku sampai je kat Dewan Temuduga tu dalam jam 8, tengok2 orang dah ramai.. Dewan Temuduga dia konsepnya macam klinik.. Kemudian calon2 diberi nombor giliran, so kena tunggu la, dan aku pulak dapat 1106, maknanya bilik no. 11, calon ke-6.. Awal2 tu memang gelabah tengok calon kuar masuk bilik temuduga, lupa lak nak bagitau bilik temuduga ni banyak taw, bila pintu terbukak je mesti nak tengok muka calon, hepy ke sedey, haha.. Ada certain bilik yang pantas, ada certain bilik yang macam kura2.. Rupanya hari ni bukan je jawatan ni yang ada interview, ada gak interview untuk jawatan lain..
Awal2 pun aku dah ke toilet, neves yang amat.. Balik je dari toilet baru aku carik ada brader2 kat situ nak borak2, bagi hilang cuak.. Most of them yang borak2 dengan aku adalah student master, jadi umur dorang mesti dalam 25 atau 26.. Beza umur yang walaupun nampak tak banyak, tapi kalo dari segi pengalaman, dapat jadi kelebihan pada dorang.. Sedara aku suh tanya kat urusetia, siapa panel yang dalam bilik yang bakal aku tempuhi tu.. Dan aku dapat tau panel aku seorang ni berpangkat Datin dan seorang lagi Ketua Jabatan yang dorang sendiri tak tau namanya siapa, haha..
Masa yang ditunggu2 akhirnya tiba.. Datang pukul 8 tapi pukul 11 lebih baru dapat masuk.. First skali, ketuk pintu, bagi salam, salam panel2, serahkan dokumen2 diperlukan, bertanya khabar dorang dan baru aku bukak butang blazer untuk duduk berhadapan dengan panel2 yang aku menjadi igauan aku beberapa malam sebelum interview, haha.. Sedar tak sedar, interview pun tamat.. Aku pun keluar la dari bilik tu dengan rasa yang agak down la sebab ada soalan yang aku tak boleh nak jawab tepat.. Ada jugak soklan dari panel yang aku jawab dengan mukadimah yang agak panjang, pastu tak habis lagi beliau dah potong, cakap aku tak menjawab soalan.. Sejujurnya memang aku nak jawab la tu, tapi tak sempat habis pun pembuka kata, adoyaiii..
Jawatan ni sering dicemburui oleh pegawai2 kerajaan yang lain sebab dorang kata cepat naik pangkat.. Pada pendapat aku, memang jawatan ni nampak gah dan unggul, tapi adakah dorang yang berkata2 tu tau apa skop kerja dorang? Kalo dorang tau pun, dorang mampu tak nak buat macam dorang? Kalo dorang mampu nape dorang tak apply pulak untuk jawatan ni? Napa mulut busuk je? Sebab apply tapi tak dapat kan, tu yang dengki kat orang lain yang berjaya, xgitu? Dorang yang berjaya menjawat jawatan ni dipilih mengikut kebolehan dan kemampuan dorang untuk menjalankan tugas ni, semuanya layak2 belaka, siapa memang dapat tu memang dorang deserve to be there.. Aku bercakap ni sebab aku telah melalui kepayahan untuk sampai ke tahap ni, ni baru nak interview dah susah camni, belum lagi bila dah bekerja nanti, sedara aku umur baru 27 tapi rambut dah beruban dah, xdapat aku imagine camne workload dorang..
P/S : Sebanyak mana tips yang kita dapat pun, nak khatam Malaysia Kita 8kali pun , kita harus buat inisiatif lain.. After all, panel2 jugak yang menentukan nasib anda semua.. Soalan2 maut dari dorang yang bakal menguji kita dan jawapan yang keluar dari mulut kita la yang akan menjadi penentu.. Skang ni aku berada di mode redha dan tawakal.. Kalo dapat, Alhamdulillah.. Kalo tak dapat, maknanya rezeki orang lain la tu, rezeki aku ada di tempat lain..
0 comments:
Post a Comment