Sepertimana yang kita tau, bajet negara telah dibentangkan pada bulan lepas.. Yang menyeronokkan bagi penggemar automotif ialah cukai bagi kenderaan hybrid telah dimansuhkan.. So dapat dibuat kesimpulan bahawa harga kereta hybrid di negara kita ni akan turun..
Yang pertama mengumumkan penurunan harga ialah Toyota Prius.. Aku akui, aku jarang nampak kereta ni atas jalan.. Tapi aku pernah nampak kereta ni dalam garaj satu rumah ni kat Shah Alam.. Design dia memang unik sket, lagi2 bahagian exterior belakang dia.. Harga asal untuk kereta ni di semenanjung ialah RM175,000 tapi selepas potongan harga, kini hanya RM139,900 sahaja.. Fuel consumption ia adalah 3.9 (liter/100km)..
Pic diambil dari SINI..
Semalam, pesaingnya pula mengumumkan harga baru Honda Civic Hybrid.. Harga asal ialah RM129,890 dan kini harganya menjadi RM108,890.. Aku sendiri tak pasti samada aku pernah tengok kereta ni atau x sebab design dia adalah sama dengan Honda Civic biasa.. Fuel consumption ia adalah 4.6 (liter/100km)..
Pic diambil dari SINI..
Perang harga kereta hybrid ni memang seronok.. Aku seronok tengok jela, nak beli memang tak mampu, hehe.. Toyota Prius terkenal kerana memang dikatakan kereta hybrid terbaik dunia.. Walaupun harganya yang agak pricey, tapi jika fuel consumption yang anda pentingkan, jangan fikir dua kali, this is the best car for you, jimat minyak woo.. Beralih kepada Honda Civic Hybrid, harganya begitu menggoda ye rakan2, dan harganya hampir sama dengan Honda Jazz.. Honda Jazz boleh dikategorikan sebagai kereta kompak dan Honda Civic ini adalah jenis sedan.. Design kereta Honda Civic Hybrid memang lebih menawan dari Toyota Prius.. Tapi citarasa ni kan masing2.. =)
P/S: Mama, jom tengok Civic Hybrid dulu, mane la tau Mama berkenan, harga pun same je kan dgn Jazz, hehe..
0 comments:
Post a Comment