Aku hari ni agak stress sebab ketiadaan sales.. Semalam ada tiga orang call aku dan berjanji nak datang.. So hari ni aku kerja full day la, haram sorang pun takde.. Yang ada pun orang lain, kebetulan dia memang nak pergi sana, tu pun aku tak dapat close sales.. Dan dah 2 kali loan ASB 50k decline, hampeh sungguh ar, malang tol nasib aku.. Ada la hikmah di sebalik semua ni kan..
Okay, untuk mengubah mood, aku akan cerita benda lain.. Korang sejak dah bekerja dan ada income sendiri ni, berapa banyak yang korang peruntukkan untuk ibu dan bapa? Setiap seorang tu korang bagi duit ke camne? Yang selalu aku dengar, anak2 biasanya akan bagi duit belanja pada parents atau/dan kalo time pergi shopping or mana2, anak2 yang akan bayar segala.. Biasanya ibubapa kita memang tak berkira, selalunya mereka akan menolak kalo kita nak bagi sesuatu, tapi kita sebagai anak haruslah kenang balik pengorbanan ibubapa kita membesarkan kita.. Di mana kita berada hari ini, semuanya kerana diberkati oleh orang tua, mereka yang membentuk hidup, peribadi dan cara hidup kita.. Leteran dan marah dari ibubapa bukannya kerana mereka membenci, tapi sebab rasa sayang mereka.. Selagi kita belum dewasa, mereka bertanggungjawab ke atas diri kita.. So sekarang, bila kita dah berkerjaya, janganlah sekali2 lupa akan mereka.. Even letih kerja siang malam pun, pick up the phone and call them, hargai dorang okay.. =)
Aku nak bagitau sesuatu ni, aku dah beli present for my dad untuk birthday dia next month.. Aku memang sangat blur actually nak beli apa.. Mula2 aku decide nak belikan dia bekas rokok yang skali dengan lighter tu sebab kat Giant tu banyak yang cantik2, tapi Puteri kate tu macam aku galakkan dia merokok lak.. Tapi Abah ni kalo kawan2 dia datang, baru dia smoke, kalo tak memang jarang la aku nampak.. So aku pening tahap gaban sampai stress woo.. So bila aku beli jam yang kat post bawah tu, so terdetik untuk aku beli jam untuk Abah, lagipun sekarang ni pun aku tengok tangan dia dah takde jam kan, tah mane gi jam2 dia semua, kat mamat kampung yang pemalas mane pulak dia dah sedekahkan.. So I really hope that Abah can wear this everyday.. =)
P/S : Don't ask me how much is the price k.. Walaupun tak mahal, tapi ni hadiah untuk Abah sempena harijadinya yang ke-59 tahun ni.. Inilah hasil titik peluh aku, inilah dari gaji pertama aku untuk Abah.. =)
0 comments:
Post a Comment