Congrats also to Meet Uncle Hussein, suara ko memang best ar, len macam, nak nyanyi lagu nih pun susa beb, terkuar anak tekak, hahaha..
Juara Lagu 2008..
Sunday, January 18, 2009
Congrats also to Meet Uncle Hussein, suara ko memang best ar, len macam, nak nyanyi lagu nih pun susa beb, terkuar anak tekak, hahaha..
Posted by DarkSky at 11:55 PM 2 comments
Kak Ila..
Kak Ila, hepy 26th birthday.. =)
Semoga panjang umur dan murah rezeki.. =)
Posted by DarkSky at 7:36 PM 0 comments
ODM Pixel Watch..

Aku beli jam ni beberapa minggu lepas, online shopping, tapi yang buat taiknya syarikat penghantaran dia la.. Pemalas gila, ada satu hari tu, aku duduk je kat rumah, semata2 nak tunggu dia datang, pastu sedap2 cakap aku takde kat rumah, aku pelik gila.. Rupanya orang yang hantar tu tak naik pun rumah aku, dia try call aku tapi tak dapat, pastu assume aku takde kat rumah, macam bodoh, nama syarikat tu Pek-Udara Express (sila translate), kalau FastPost (sila translate) lak, kadang2 orang yang hantar tu muka sombong, benci tol..
Hari ni aku gi Sunway Piramid.. Nampak la jam ni kat kedai jam, harga dia takleh blah gila beb, memang tak mampu aku nak beli, hahaha.. So, pengajarannya di sini, kena selalu survey harga dulu, jangan terus sambar je, hehehe.. Jam ni satu je leceh, leceh nak pakai dengan nak bukak, kalau orang tangan besar seksa ar sket.. Dia ada version baru, tapi bukan plastik, dia getah, so lagi mudah ar nak pakai, tak perlu berusaha sedaya upaya sangat.. Tu mahal sikit, tambah RM50 dari harga jam yang plastik tu..
Posted by DarkSky at 7:23 PM 0 comments
Get well soon..
Thursday, January 15, 2009
Posted by DarkSky at 9:07 PM 0 comments
Voting Day..
Assignment2 semua dah boleh buat dah dari sekarang, buat lagi awal lagi bagus, kang sibuk nak gi trip lak.. Haa, aku sebenarnya nyirap dengar budak2 ni cakap pasal trip, time orang discussion dia wat macam taknak dengar, pastu bila dah balik cakap belakang lak, mahal la, itu la, ini la.. Ada cadangan bagitau la time discussion.. Ni tak, dah habis baru nak kutuk belakang, kalau bagus sangat buatla proposal.. Dah tak ikut tu senyap jela, bising2 watpe.. Kalau nak ikut, sila bayar, kalau taknak ikut, duk senyap2 je kat blakang tu..
Aritu aku tengok pelakon perempuan yang kene tangkap basah dengan pelakon yang laki orang dulu tu.. Nyampah gila aku tengok dia jawab, memang jawapan berskrip, cakap tak sembunyi la, poyo nak mampos, kalau la dia betul2 tak bersalah, before pasangan dia bercerai mesti dia dah tampil ke depan bagi statement, at least nampak la dia innocent, tapi dah nama pun pelakon kan, menipu ni perkara mudah la bagi dorang semua, nampak sangat memang perempuan gatal, perosak rumahtangga orang.. Satu hari nanti ko kena balik, ko tengokla.. Aku paling benci beb kalau dah buat jahat, dorang cakap pasal agama, cakap macam diri dorang tu suci sangat la, nyampah gila..
Aku ada masuk satu blog sorang artis kontroversi ni, tu lagila, aku rasa die bukan manusia la, cakap je nak berubah, aku masuk blog dia, sumpah seranah orang, caci hina orang, pastu cakap pasal Tuhan, siap dia cakap la ada orang tu tempah tiket gi neraka, konon2 orang tu banyak dosa dengan dia la.. Dia hina orang, pastu cakap pasal Tuhan, dia kutuk orang, pastu cakap pasal Tuhan, serius aku tak tipu, dia cakap pasal Tuhan macam diri dia tu hari2 dianiaya orang, hari2 ada bala menimpa dia, maki2 orang semua, pastu cakap pasal Tuhan.. Aku rasa dia ni patut bertaubat la, aku geli nak baca blog dia, tambah dosa aku je, aku pun tak tau la dia ni patut digelar manusia, akhlak pun takde..
Posted by DarkSky at 6:02 PM 0 comments
Materialistik..
Sunday, January 11, 2009
Posted by DarkSky at 11:51 PM 0 comments
Sneak preview on my dissertation..
Saturday, January 10, 2009

From top to bottom : Course aggregate, cement, sand, SBR Granules..

Mr. Happy tengah jadi Dr. Slump..

Kira berapa banyak dia collapse..

Konkrit yang baru je lepas vibrate, biar kering 24 jam (ada lagi 18 kiub) before curing..

Letak dalam oven, 3 hari..

Lepas 3 hari, letak dalam dry oven, plastik tu untuk pastikan ia betul2 kedap udara..
Posted by DarkSky at 10:39 PM 0 comments
Wi-Fi Adaptor..
Posted by DarkSky at 10:30 PM 0 comments
A night to remember..
Sunday, January 4, 2009
My cousin ni macam freelance photographer, dia macam photographer tak rasmi Shila OIAM.. Member2 cousin aku ni macam dia gak la, usung kamera sana-sini, cousin aku cakap, dorang ni orang kuat Farah FC la, Fafau FC la.. Sekarang ni orang tengah gila kamera, aku tengok macam poyo2 pun ada, gambar kat frenster or facebook mesti nak tunjuk kamera, tah hape2.. After the show ended, almost half the audience stayed sebab dorang nak amek pic dengan peserta2 Idola Kecil ni, tapi most guest artist yang nyanyi sekali dengan budak2 tu dah balik cepat, yang ada just berapa orang je..
Time kitorang baru kuar dari Alam Sentral, member cousin aku ni ada jumpa sorang makcik dengan anak dia ni, die mintak tolong hantarkan makcik ni balik.. Kalo konsert mingguan, dorang just recording je tapi sebab final concert ni live show, so makcik tu tak sempat nak naik komuter. Makcik ni tinggal kat Jelatek, jauh gila dari Shah Alam.. Makcik ni bawak anak dia tengok konsert ni sebab anak dia minat sangat nyanyi2.. Dia selalu datang naik Putra LRT dari Jelatek, stop kat KL Sentral, pastu naik komuter ke Shah Alam, dari situ naik bas lak.. Makcik ni ibu tunggal lak tu.. I couldn't imagine if my cousin weren't there last night, dunno how they gonna get back home, dia cakap dia nak bagi teksi RM70 pun, dorang taknak hantar gak, pelik tol aku, consider la sikit, kalau taknak amek orang, jangan jadi cab driver..
Lepas hantar makcik tu, kitorang gerak gi Setapak, makan dekat mamak, N.D Lala blanje, hahaha.. Pastu pusing2 Uptown Danaukota lak.. More interesting la kat Uptown sana, choice lagi banyak dari Uptown Shah Alam, memang best, malam tadi pun macam ada live band, kalau nak ikutkan hati, satu Uptown tu aku nak beli, hahaha.. Dalam kol 3.30 baru sampai umah makcik aku lak.. I really enjoyed myself last night, malas nak fikir pasal kerja2 and assignment yang dah kena buat, dengan dissertation lagi..
Aku nak amek pic dengan Zizan tapi sampai ke sudah tak muncul2.. Joey BPR pun ada gak datang.. Gambar terpaksa dikaburkan atas sebab2 keselamatan, hahaha.. =)
Posted by DarkSky at 10:40 AM 5 comments
2009..
Friday, January 2, 2009
Welcome to 2009..
I hope this year will be better la kan..
Nak grad n kerja dah..
Tahun baru, azam baru.. =)
Posted by DarkSky at 12:01 AM 0 comments







