Makcik selfish (jual ikan)..
Tuesday, October 5, 2010
Posted by DarkSky at 2:48 PM 0 comments
Labels: Misc
Hepy bufday Ika.. =)
Saturday, October 2, 2010
Nak wish kat Ika hepy bufday yang ke 20 arini.. Dah tua dah kan, hahaha.. Good luck for your exam k, blajar tu rajin2 sket, dah duk dalam hutan pun takkan la takleh score bagus2 kan.. Buktikan pada Noh Hujan yang korang tak busuk, wakaka.. =)
Posted by DarkSky at 5:27 PM 0 comments
Labels: Family
Malu taw..
Thursday, September 30, 2010
Aku ada bace dalam forum pasal insiden yang berlaku pada finale Australia's Next Top Model 2010 di mana hos dia telah tersilap umumkan pemenang pertama..
Kalo aku ar jadi hos dia, serius ar malu tahap cipan terberak, tak tau aku nak react camne.. Nasib yang 'pemenang' tu sporting, kalo ar dia kuat meroyan, mau tunggang terbalik show tuh, huhuhu.. Tapi pemenang dia memang cantik kan..
Posted by DarkSky at 11:28 AM 0 comments
Labels: Misc
The Climb versi Mirwana..
Tuesday, September 28, 2010
Korang mesti pernah dengar lagu The Climb yang Miley Cyrus nyanyi kan? Pada aku, lagu tu memberi kenangan yang cukup indah pada aku.. Lagu tu la merupakan lagu tema grup aku time Classroom Training kat Palace of the Golden Horses.. Bila aku terdengar je kat radio, mesti aku teringat kawan2 dalam grup aku yang dekat 50 orang tu, hehe.. Kumpulan Mirwana rakam balik lagu ni, nyanyi dalam versi dorang, surprisingly sedap dorang buat, haha, tergezut gak aku.. Kira The Climb versi lelaki la kan..
Kat sini ada link untuk download MP3 mereka, klik DOWNLOAD..
Posted by DarkSky at 4:49 PM 0 comments
Labels: Entertainment
Sedap kan?
Time aku kat BBR dulu, kalo gi lunch kat Presint Zapin tu, selalunya aku akan makan ikan pari masak asam pedas.. Bukan je sedap, tapi senang je nak makan sebab tulang dia tak banyak.. Ikan pari memang sedap kan kalo masak asam pedas, rase macam heaven je.. =)
My brother killed Steve Irwin, hahaha..
Posted by DarkSky at 9:10 AM 0 comments
Labels: Work
Eksiden..
Time aku jalan2 nak gi Kedah masa hari raya hari tu, ada banyak gambar yang aku amek.. Gambar traffic offender pun aku amek gak, tapi takla aku hantar ke JPJ.. Kat bawah ni semua di jalan menuju ke Alor Setar..
Kalo tak silap aku, kalo keta ni terbabas sket je lagi, memang masuk dalam sungai ar..
Ni pun kire funny gak la, aku ada amek gambar keta Waja ni lebih kurang 10minit sebelum kejadian ni, kita tengah jem macam hape, dia selamber je pakai emergency lane, dah la melanggar peraturan, kita yang tengok ni pun sakit hati..
Tengok2 kat depan sket, dia langgar Viva makcik ni, pastu makcik ni lak terlanggar Toyota orang depan dia.. Driver Waja ni aku tengok tengah sibuk2 call sape tah.. Kalo dia sabar mesti tak terjadi kan benda camni..
Posted by DarkSky at 8:54 AM 1 comments
Labels: Misc
Nokia X3..
Monday, September 27, 2010
Phone Nokia yang Puteri kasik pinjam kat aku ni bateri dia dah problem, dah takmo cas.. Time kat Kangar pun aku pinjam Kak Ila punya E66.. So time kat Plaza Shah Alam tu aku pun usha2 la handphone second hand.. Pada mulanya aku memang cadang nak tengok je tapi camne tah leh jadi nak terbeli, hehe.. Handphone yang aku nak tu ada jugak, tapi sebab takde warranty kan, kang rugi pulak beli mahal2 tapi takleh nak repair free kalo tiba2 esok dah rosak.. Mama pun cakap camtu taw, hehe..
Pening kepala aku nak pilih actually sebab aku tak pernah beli phone secara tiba2.. Biasanya before nak beli something, aku akan review dulu menda tu kat internet, tengok pro and contra dulu.. Tengok Nokia E52 yang aku minat tu, harganya lebih kurang RM950, pastu tengok Blackberry Bold 2 pun harga dia RM950.. Memang serabut sekejap kat situ.. So aku pun ajak la dorang gi tempat lain dulu, pastu aku datang balik.. Dan setelah aku tengok2 dekat setengah jam, aku pun amek la Nokia X3, mula2 suka gak Nokia X2, tapi warna yang aku nak takde, so aku amek la Nokia X3..
Nokia X3 ni kira handphone yang basic gak la, S40v3.. Aku pun tak kisah sangat, yang penting boleh pakai.. Buat masa ni, aku tak memerlukan lagi handphone yang agak canggih.. Lagipun teknologi ni sangat pantas, hari ni kita beli gadget, esoknya dah ada gadget baru yang lebih kurang sama macam tu, tapi dengan teknologi yang lebih maju.. Dan aku percaya, lebih 90% pengguna handphone kat Malaysia ni under-utilised handphone dorang yang canggih dan mahal tu.. Beli mahal2, pelbagai function, tapi tak guna pun.. Dorang beli pun sebab tanak kalah dengan orang lain di samping mahu menonjolkan status atau gaya (konon2)..
Nokia X3 ni kira handphone yang basic gak la, S40v3.. Aku pun tak kisah sangat, yang penting boleh pakai.. Buat masa ni, aku tak memerlukan lagi handphone yang agak canggih.. Lagipun teknologi ni sangat pantas, hari ni kita beli gadget, esoknya dah ada gadget baru yang lebih kurang sama macam tu, tapi dengan teknologi yang lebih maju.. Dan aku percaya, lebih 90% pengguna handphone kat Malaysia ni under-utilised handphone dorang yang canggih dan mahal tu.. Beli mahal2, pelbagai function, tapi tak guna pun.. Dorang beli pun sebab tanak kalah dengan orang lain di samping mahu menonjolkan status atau gaya (konon2)..
Nokia E52..
Blackberry Bold 2..
Nokia X3..
Lenkali adik2, kalo bateri handphone takmo cas, tukar bateri baru taw, bukan tukar handphone baru macam saya, wakakaka..
Posted by DarkSky at 11:57 AM 0 comments
Labels: Misc
Balik kampung.. =)
Kali ni punya raya memang best sangat aku rasa.. Kitorang bertolak hari Rabu.. Pada awalnya dah plan nak tidur Ipoh, sebab takut letih driving.. Tapi bila dah dekat2 nak sampai Ipoh, tengok hari cerah lagi, so aku decide nak trus ke Kangar la.. Ingatkan sempat la nak berbuka kat umah Tok Som, tapi takut lauk tak cukup lak sebab dorang tak expect kitorang nak sampai hari tu.. Gerak pagi dari JB kol 9.30 pagi, sampai Kangar 6.30 petang, 9 jam driving, 120km/j top speed..
Raya kali ni jatuh pada hari Jumaat, so pagi tu agak singkat la.. Lepas solat raya, pergi kubur arwah Tok Wan, pastu kena gi solat Jumaat lak.. Hari Sabtu gi beraya rumah sedara, haha, padahal aku rasa aku banyak tengok TV dengan tidur je sebab cuaca panas terik.. Hari Ahad paling seronok sebab dapat jalan2 dengan Kak Ila.. Kitorang makan Pizza Hut kat Tesco Alor Setar.. Pastu balik tu singgah Kuala Perlis lak, Mama carik laksa dengan belacan..
Air yang sungguh menggiurkan..
Sedap memang sedap, tapi Domino's lagi better..
Ikannnnn..
Hari Isnin pun syok gila.. Kitorang pergi Padang Besar untuk shopping2 sket.. Aku beli Levi's kat situ harga RM40 je, jauh beza dengan kat Uptown, dorang up kaw2 punya.. Lepas Padang Besar, kitorang pergi Gua Kelam.. Last skali aku pergi rasanya time tu aku sekolah rendah lagi. sekarang tengok pun dah lain.. Ramai jugak orang mandi kat situ, family dengan anak2 semua mandi.. Risau gak aku, takut2 dorang kene virus kencing tikus ke.. Pastu makan kat Secret Recipe lak..
Yang paling best, kat penghujung pintu gua tu, ada pakcik aku punya puisi.. =)
Kami bertolak balik hari Selasa.. Tapi tak buat straight, sebab aku nak pergi beraya kat umah Puteri.. Mula2 ingat nak tidur kat Concorde, tapi bila mengenangkan ongkosnya, kami pun tidur kat INTEKMA yang agak horror tu.. Petang tu aku bawak semua makan kat KFC Seksyen 7 tu (menu banyak takde), pastu bawak gi Plaza Shah Alam.. Yang paling best ialah Mama belikan aku somethin, hehe, nanti aku cerita dalam post lain..
Malam tu gi beraya rumah Puteri.. =)
Esoknya kami bertolak ke Melaka pulak, Mama nak makan asam pedas.. Niat di hati nak beraya kat rumah family angkat kitorang, tapi dorang takde kat rumah pulak.. So kami pun gerak la balik JB.. But before sampai Melaka tu, sempat kitorang singgah Nogori, nak pergi tengok baby si Paan, dah jadi bapak pun sepupu aku ni..
Posted by DarkSky at 11:53 AM 0 comments
Labels: Family
Temuduga di SPA, 24/09/2010..
Friday, September 24, 2010
Berakhirlah sudah satu debaran sehati berdansa temuduga.. Penantian satu penyeksaan, memang betul.. Sebab dapat tau time bulan puasa or before bulan puasa yang PAC hari tu dah lepas.. Aku pulak dijadualkan interview selepas hari raya di JPA Putrajaya.. Nasib baiklah ada sedara yang tinggal kat sana, bolehlah kami bermalam tanpa perlu mengeluarkan kos, haha..
Bila pergi Putrajaya je, mesti aku teringat time study dulu, assignment boleh tahan banyak jugakla dibuat di sini.. Faktor pemilihan Putrajaya ni semestinya rekabentuk bangunan dan jambatan yang moden.. Pelik jugak aku, camne boleh ada tah mulut2 busuk yang kate Putrajaya ni satu pembaziran, kat situ dah nampak betapa pendeknya akal dorang.. Dengan adanya building yang gah macam ni, industri pembangunan akan terus berjalan..
Aku sampai je kat Dewan Temuduga tu dalam jam 8, tengok2 orang dah ramai.. Dewan Temuduga dia konsepnya macam klinik.. Kemudian calon2 diberi nombor giliran, so kena tunggu la, dan aku pulak dapat 1106, maknanya bilik no. 11, calon ke-6.. Awal2 tu memang gelabah tengok calon kuar masuk bilik temuduga, lupa lak nak bagitau bilik temuduga ni banyak taw, bila pintu terbukak je mesti nak tengok muka calon, hepy ke sedey, haha.. Ada certain bilik yang pantas, ada certain bilik yang macam kura2.. Rupanya hari ni bukan je jawatan ni yang ada interview, ada gak interview untuk jawatan lain..
Awal2 pun aku dah ke toilet, neves yang amat.. Balik je dari toilet baru aku carik ada brader2 kat situ nak borak2, bagi hilang cuak.. Most of them yang borak2 dengan aku adalah student master, jadi umur dorang mesti dalam 25 atau 26.. Beza umur yang walaupun nampak tak banyak, tapi kalo dari segi pengalaman, dapat jadi kelebihan pada dorang.. Sedara aku suh tanya kat urusetia, siapa panel yang dalam bilik yang bakal aku tempuhi tu.. Dan aku dapat tau panel aku seorang ni berpangkat Datin dan seorang lagi Ketua Jabatan yang dorang sendiri tak tau namanya siapa, haha..
Masa yang ditunggu2 akhirnya tiba.. Datang pukul 8 tapi pukul 11 lebih baru dapat masuk.. First skali, ketuk pintu, bagi salam, salam panel2, serahkan dokumen2 diperlukan, bertanya khabar dorang dan baru aku bukak butang blazer untuk duduk berhadapan dengan panel2 yang aku menjadi igauan aku beberapa malam sebelum interview, haha.. Sedar tak sedar, interview pun tamat.. Aku pun keluar la dari bilik tu dengan rasa yang agak down la sebab ada soalan yang aku tak boleh nak jawab tepat.. Ada jugak soklan dari panel yang aku jawab dengan mukadimah yang agak panjang, pastu tak habis lagi beliau dah potong, cakap aku tak menjawab soalan.. Sejujurnya memang aku nak jawab la tu, tapi tak sempat habis pun pembuka kata, adoyaiii..
Jawatan ni sering dicemburui oleh pegawai2 kerajaan yang lain sebab dorang kata cepat naik pangkat.. Pada pendapat aku, memang jawatan ni nampak gah dan unggul, tapi adakah dorang yang berkata2 tu tau apa skop kerja dorang? Kalo dorang tau pun, dorang mampu tak nak buat macam dorang? Kalo dorang mampu nape dorang tak apply pulak untuk jawatan ni? Napa mulut busuk je? Sebab apply tapi tak dapat kan, tu yang dengki kat orang lain yang berjaya, xgitu? Dorang yang berjaya menjawat jawatan ni dipilih mengikut kebolehan dan kemampuan dorang untuk menjalankan tugas ni, semuanya layak2 belaka, siapa memang dapat tu memang dorang deserve to be there.. Aku bercakap ni sebab aku telah melalui kepayahan untuk sampai ke tahap ni, ni baru nak interview dah susah camni, belum lagi bila dah bekerja nanti, sedara aku umur baru 27 tapi rambut dah beruban dah, xdapat aku imagine camne workload dorang..
P/S : Sebanyak mana tips yang kita dapat pun, nak khatam Malaysia Kita 8kali pun , kita harus buat inisiatif lain.. After all, panel2 jugak yang menentukan nasib anda semua.. Soalan2 maut dari dorang yang bakal menguji kita dan jawapan yang keluar dari mulut kita la yang akan menjadi penentu.. Skang ni aku berada di mode redha dan tawakal.. Kalo dapat, Alhamdulillah.. Kalo tak dapat, maknanya rezeki orang lain la tu, rezeki aku ada di tempat lain..
Posted by DarkSky at 10:24 PM 0 comments
Labels: Work
Neves amat..
Wednesday, September 22, 2010
Tak dapat aku gambarkan dengan kata2 apa yang aku tengah rasa sekarang.. Neves tak hengat dunia punya bai, ni semua gara2 interview la.. Memang biasa ar neves ni, time nak buat presentation la, time nak buat performance la, cuma kali ni, aku rasa awal sangat aku rasa panik.. Beberapa hari ni pun aku rasa tak tenang je, tido malam pun asyik terjaga2 je..
Aku sangat2 harap aku boleh jawab segala soalan2 panel nanti.. Sekarang ni memang aku takleh expect apa yang akan berlaku.. Masa berlalu sangat lambat.. Lepas habis je minggu ni, mesti aku rasa tenang setenang-tenangnya.. Doakan aku ye kawan2..
Posted by DarkSky at 10:01 AM 0 comments
Labels: Misc
Subscribe to:
Posts (Atom)







