Petikan dari website Berita Harian 17 Mac 2009..
Khairy diberi amaran
KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, diberi amaran selepas Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno kerana kesalahan rasuah dan politik wang yang dilakukan oleh ejennya.
Ini bermakna Khairy masih layak bertanding pada pemilihan bagi jawatan Ketua Pemuda Umno yang dijadualkan pada 25 Mac ini.
Seorang lagi calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, yang disiasat bagi aduan rasuah atau sogokan politik, pula didapati tidak bersalah.
Keputusan itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, pada sidang media di sini, petang ini.
Menjawab soalan, beliau berkata Mohd Ali Rustam dan Khairy dikenakan hukuman yang berbeza oleh Lembaga Disiplin kerana perlakuan kesalahan dilakukan mereka adalah berbeza.
“Mereka tidak ada kes yang sama. Apa yang dilakukan oleh ejen mereka juga berbeza. Contohnya, antara rasuah makan-makan dengan rasuah wang, sudah pasti kesalahan dan hukuman itu juga berbeza walaupun kes itu dalam Perkara Tata Etika yang sama," katanya.
P/S : Perenggan terakhir tu aku menyirap sikit baca, ada ke rasuah makan-makan dengan rasuah wang tu berbeza? Kira rasuah makan ni dibenarkan la dalam politik? Rasuah makan dengan rasuah wang, kan dua2 still rasuah, apa yang bezanya? Nape mamat ni kebal sangat? Apa yang hebat sangat dia ni? Sila senaraikan jasa2 yang dia dah buat pada negara kat ruangan komen..
Entry 0002: Apa Yang Buat Kau Tak Happy
1 year ago
0 comments:
Post a Comment