Di kala aku sedang menyiapkan PED, Puteri melayangkan SMS padaku menyatakan bahawa beliau menang.. Sudah lama terdetik dalam hatiku bahawa memang beliau akan menang, before 'bapa' beliau turun dari takhta.. So bila beliau menang, orang ramai takkan boleh menggunakan alasan persaudaraan lagi untuk menyekat kemaraan beliau dalam arena politik negara.. Beliau kini berdiri dengan lebih teguh, dengan kehadiran lebih ramai proksi baru.. Kenapa lebih teguh? Kerana sebelum ini, beliau banyak membuat sesuatu yang boleh menaikkan beliau secara senyap, di mana kebanyakan orang tidak tahu hal-hal sebegini.. Cita-cita beliau untuk menjadi PM termuda menjadi semakin hampir dalam genggamannya.. Selepas ini jawatan menteri kabinet pasti akan dipegangnya dan gelaran Dato' akan menyusul.. Sebelum ni pun aku telah meletakkan satu artikel berkenaan hal ini, boleh klik di sini..
Bagaimana orang ramai boleh mengundi orang yang didapati menggunakan rasuah dalam kempennya sebagai seorang pemimpin.. Beliau telah diberikan amaran oleh Lembaga Disiplin tapi tetap juga masih lagi berjaya untuk menang.. Orang Melayu, come on la, di mana maruah anda semua? Kita ada pilihan untuk memilih pemimpin, akan tetapi, perwakilan parti ini telah membuat keputusan yang begitu bijak sekali dan sama sekali boleh meruntuhkan parti ini for once and for all.. Era baru Pemuda akan bermula, era kejatuhan? Aku pun tak pasti.. Adakah beliau akan membela nasib2 pemuda Melayu di luar sana? Maksud aku Melayu Malaysia.. Negara akan menjadi lemah pada tahap maksimum apabila negara diterajui oleh kerajaan rasuah.. Mereka tidak kisah bangsa sendiri tidak terjamin, yang penting hidup mereka mewah dengan segala insentif dan bonus serta elaun2 menjadi wakil rakyat ataupun menjadi antara pemimpin tertinggi setempat..
Para pengundi pada pilihanraya akan datang akan membuat keputusan untuk tidak mengundi kerajaan, sama seperti pilihanraya lalu, kebanyakan pengundi bosan dan muak dengan perangai sesetengah wakil rakyat kerajaan dan berniat untuk tidak mengundi mereka dan lihat apa jadi, beberapa negeri jatuh ke tangan pembangkang.. Mereka sebenarnya langsung tidak berniat untuk mengundi pembangkang, cuma berniat untuk mengajar wakil rakyat yang cakap tak serupa bikin, tapi mereka hanya ada dua pilihan, samada mengundi pembangkang atau merosakkan undi.. Pilihan pertama menjadi pilihan kebanyakan pengundi walaupun terdapat kes di beberapa pusat undi di mana lebih 9000 kertas undi tidak dipulangkan.. Suasana politik sekarang yang agak bergolak lebih2 lagi di pihak pembangkang sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk pihak kerajaan untuk meraih undi, tetapi masalah rasuah dalaman yang sejak sekian lama berlaku nampak semakin menular dan lebih menarik perhatian pengundi.. Bukan nak kata tiada rasuah di pihak lawan, cuma lebih jelas nampak di pihak satu lagi.. Adakah kita akan melihat kekalahan secara total parti ini buat kali pertama sejak memerintah 50 tahun lalu? De facto leader pihak lawan akan semakin rancak membuat perancangan masa depan apabila melihat yang peluang mereka semakin cerah.. Sesama kaum sendiri hendak berebut harta dan pangkat, sesama kaum sendiri akan memusnahkan lawan masing2 selagi boleh dan kaum lain akan bergelak ketawa dan bergerak lebih maju ke depan..
Aku sendiri tak sabar untuk menunggu Che Det menulis di dalam blognya berkenaan perkara hal ini.. Minda Tun adalah minda Melayu sejati..
P/S : Aku tulis skema hari ni, sebab mood aku berubah..

4 comments:
sy skong mukhriz, 2 b hosnest...
ekeke
=p
who doesn't? ade ke org sokong menteri penyapu dengan perasuah? =)
hahah..penyapu n rasuah?lawak tol...
sendiri mkn pengat, sendiri mau ingat.. =)
Post a Comment