Hari ni berlalu mcm biasa.. 3 dari 4 task yang bos bagi kini hampir siap, tapi wat pun malas2 je, busy men internet je, hehehe.. Time balik of course ar jammed gile.. Tapi aku tak tau ar kenapa ada manusia bodoh yang tak reti nak bg signal time nak masuk lorong dpn kita.. Kalo aku tenung, wat muka bodoh je, tau ar bodoh.. Jari cacat kot, takleh nk bagi signal.. Cube try bagi signal, mesti aku give way punya, tapi sebab IQ ko rendah, ko tak layak nak jalan dpn aku, wakaka..
Aku skang tengah stress, memikirkan masalah2 dalam kepale, susa mau selesai, memang lambat nak habis.. Bila aku banyak berfikir, mmg la nampak sgt sbb naik jerawat segala, nyampes tol aku, sebab tu aku malas nak berfikir, hahahaha..
Paper Kosmo hari ade cerita best, hahaha, memang aku suke cite nih..
Laman hina wartawan hiburan Malaysia
KUALA LUMPUR - Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (Wham) memberi amaran kepada pemilik akaun laman sosial Facebook, All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks (Semua Wartawan Hiburan Malaysia Macam S***) supaya tidak melemparkan pelbagai kata kesat terhadap ahli-ahlinya.
Amaran tersebut dikeluarkan selepas sekumpulan wartawan hiburan tempatan menyuarakan rasa kurang senang terhadap pembukaan akaun tersebut yang menggelarkan mereka sebagai 'babi' dan 'jalang' yang tidak layak hidup di muka bumi.
Individu tersebut juga telah mencuri gambar-gambar wartawan daripada akaun Facebook peribadi masing-masing dan memasukkan entri dengan pelbagai kata hinaan.
Presiden Wham, Fauziah Raof berkata, persatuan tidak teragak-agak mengambil tindakan termasuk mengheret mereka ke mahkamah jika individu terbabit terus berdegil dengan meneruskan aktiviti mereka.
Aik? Wartawan takleh kena kutuk ke? Wartawan takleh kena hina ke? Aku rase artis lagi banyak kena lahar gila babi dari orang ramai, relax je, jarang nak ada yang melenting.. Ni baru je bukak grup camni, bontot dah panas, die buat orang boleh, orang buat die takleh lak, hahaha.. Tak payah nak cari contoh jauh2 la, kat negara kita ni pun ade sekor dua wartawan yang pada aku memang macam cilakak ar, tanye soalan provoke2, kalo artis takmo cakap ya, terus2 tanya soalan same.. Kalo artis takmo layan, cakap sombong dgn reporter.. Kalo artis tak balas SMS, ckp artis tu maybe dah mati atau tak respek wartawan.. Kalo artis tak dapat dihubungi, senang je kerja dorang, medium dorang ialah paper dan magazine, tulis sesuka hati, kate itu ini.. Aku perasan ada sorang wartawan ni, kalo tak tegur dia, next week masuk ar name artis tu dalam kolum bodoh dia tu.. Kamon la, ko tu sape? Tinggi sangat ke darjat ko sampai sume orang nak kena tegur ko? Benda sekecik zarah pun kalo da takde bahan sgt, dorang akan wat cite sebesar cakerawala..
Maybe dorang leh hentam artis, tapi masyarakat sekarang ni pun leh hentam korang, what you give you get back.. Korang leh guna kolum korang utk hentam artis, kita guna blog dan forum.. Kalo sekadar masuk forum nak cilok cite utk kolum sendirik, don't call yourself a reporter la, it's just so damn stupid.. Rancangan kat TV pun skang ni trend macam nak laga2kan artis untuk naikkan rating, dengan alasan nak dengar kedua2 belah pihak, waicehhh.. Paling aku benci rancangan pontianak mengilai tu, serius sakit hati aku dengar.. Dari ko gelak2, baik ko g buat senaman, sehat sket badan tuh..
Aku tak kate sume wartawan hiburan perangai tak guna, ada yang baik tapi aku tak tau sape.. Cume aku pikir la, takkan la sumenya busuk kan, mesti ada yang baik.. Aku pun tak kate kerjaya wartawan ni tak baik, pakcik aku sendiri wartawan, cume bila ada wartawan hiburan yang hidung tinggi, secare tak langsung memalit semua nama wartawan.. Wartawan dan artis saling memerlukan, if takde artis, dorang pun tak dapat kerja, takleh nak teruskan kehidupan and if takde wartawan, artis pun tak dpt job sbb takde publisiti.. Cuma ingatla, duit gaji mengate, melaga2kan orang, menghentam artis ni akan digunakan untuk family, untuk suami isteri makan, untuk anak2 makan.. So paham2 sendiri la yek..
Aku sendiri join grup ni, salah ke aku join? Ini untuk menunjukkan pendirian aku pada wartawan hiburan yang aku pasti mereka takkan berubah sampai la kementerian masuk campur dan editor2 mereka ditukar baru.. Slalu dorang sedap2 menulis mengate artis kan, artis makan hati je, kali ni masyarakat lak menulis pasal dorang, baru dorang rase camne artis rase bile kene lahar dengan dorang, time ni ar nak feeling jd artis, wakakaka.. Meh2, try tgk grup ni meh, tapi kalo hati lembut jangan tengok ar, aku akui, ade gak individu2 yang terlampau laser mengutuk wartawan, I don't think that's appropriate.. Klik SINI..
Malas aku nak cite pasal wartawan hiburan lagi, kalo dorang ada bace, aku harap dorang sedar la sket, jgn rase diri tu besar sgt, jgn rase diri tu penentu kerjaya artis.. Sory, aku memang tak pandai menulis, aku bukan wartawan, and aku tak teringin pun nak jadi wartawan, that's why I have my own career..
P/S : Tengkiu Kosmo, sebab anda la makin ramai join group ni.. =) Andaikate grup ni ditutup nanti, aku yakin, btambah2 la bangge diri dorang ni, artis dorang leh tutup, orang awam pun dorang leh tutup, tinggi gak pencapaian tu..
0 comments:
Post a Comment