Lebih kurang 2 minggu lepas, negara kita digemparkan dengan seorang lelaki berkahwin dengan kanak-kanak berumur 11 tahun.. Dikhabarkan ayah kanak-kanak tu dikatakan lurus bendul dan 'terpukau' dengan permintaan lelaki gila tu.. Sedikit pengenalan mengenai lelaki gila itu.. Mangkuk ini bernama Shamsuddin Che Derahman, atau nama glamour beliau 'Shamsudin Ajaib', berumur 41 tahun dan seorang ahli tabligh.. Ahli tabligh?!
Bila berlaku menda2 macam ni, orang akan pandang serong pada tabligh2 semua.. Pada aku tabligh ni ada pro and kontra dia.. Tabligh ni bagus la kalo kita tak terlalu taksub sangat, sket2 takpe la kan, sekadar nak tambah ilmu agama kita yang cetek ni.. Selain tambah ilmu agama, kita dapat berjumpa orang2 lain semasa gi ziarah dari rumah ke rumah.. Apa yang wakil kumpulan tu cakap, yang ahli2 die pun dengar skali, bukan ditujukan pada tuan rumah je, malah untuk ingatan diri sendiri jugak.. Dapat blajar doa2, adab2, blaja mengaji Quran, memang rase seronok..
Time aku duk hostel dulu, slalu ar budak tabligh datang ketuk bilik, nak bagi tazkirah.. Mula2 dulu aku pelik ar, pehal ade penceramah bebas kat kolej aku ni, rupe2nya dorang ni la golongan tabligh.. So kalo dorang nampak tabligh dari jauh, bilik yang riuh tibe2 je leh jadi sunyi sepi, hehe.. Dorang bagi salam kat luar, kite jawab jela slow2, huhuhu.. Kat umah sewa ni pun slalu gak la dorang datang, kalo ade geng2 serumah korang yang budak tabligh, memang bertambah rajin la dorang datang umah.. Tapi kalo ade nampak member kita dalam grup tu, rase tak sedap gak la tak bukak pintu, so terpakse la bukak dgn hati pakse-rela..
Tapi aku tak paham la, kadang2 tabligh ni kuar merantau 3 bulan.. Yang dah kawin, bini ditinggalkan kat umah dengan anak2 yang banyak.. So tabligh tak bagi nafkah langsung ar pada dorang? Si isteri yang kena bersusah payah carik duit, sedangkan suami die hidup lagi, lenla dah mati.. Benda ni je yang aku takleh nak jawab dengan logik.. Aku tak condemn golongan tabligh, cuma aku tak brape suke pada mereka yang taksub dengan tabligh la.. Baru sekali kuar 3 hari, dah cakap berdegar2, lempang jugak..
Tak sume la golongan tabligh ni berkopiah dan berkurta, ada je gak golongan professional yang join.. Tak sume berjanggut sampai ke dada, siapa2 yang rasa nak masuk, dipersilakan.. Yang penting niat kita tu, niat nak blajar agama kan, jangan sampai terlalu taksub, sampai mengabaikan dunia.. Berbalik pada kejadian yang berlaku di Kuala Krai tu, sedikit sebanyak ia telah mencemar nama tabligh.. Ni contoh orang yang terlalu taksub pada tabligh.. Antara lawak2 yang aku da dengar lepas kejadian tu berlaku ialah..
a) "Pasni kalo ada tabligh datang kat ko, ko tanye dulu ada name Sudin ke tak.."
b) "Kalo ada name Sudin, tanye die tu ajaib ke tak.."
c) "Kalo tabligh datang ketuk umah, ko sorokkan anak or adik pompuan ko, takut die datang nak kahwin dengan dorang.."
d) "Dorang datang umah ke umah ni nak carik budak kecik la tu.."
Lawak memang lawak, hahaha, nak buat mane, rakyat negara kite ni kadangkala memang bersifat prejudis..
2 comments:
kt klantan ade tabligh yg meniaga air cendol. sdap cendol diorg. hehe
kat shah alam ni ada gak jmpe tabligh jual takaful, hehehe..
Post a Comment