Sabtu lepas ada accident kat Jalan Haji Sirat, Bandar Bukit Raja.. Meh kita layan video.. Video ni dapat dari CCTV used car punya kedai depan jalan tu.. Perhatikan penjuru sebelah atas kanan..
Hari ni aku nak jadi CSI macam kat AXN tu, hehe.. Dapat kita perhatikan lori tu datang dari simpang atas, dia stop, pastu beberapa saat lepas tu dia jalan.. Bila dia jalan tu, dari sebelah kiri, sebuah Proton Wira memecut laju dan melanggar lori tu sampai terbalik.. Pastu ada nampak macam orang berlari kan? Tu penunggang motor, dia tengah tunggu lampu merah untuk masuk ke simpang atas, tapi tak berapa clear nampak dalam video motornya.. Benda yang bergolek2 time orang tu berlari menyelamatkan diri ialah helmet okay, bukan kepale orang, huhu..
Oleh sebab aku lalu simpang ni hari2 selama lebih kurang 7 bulan, dapat disimpulkan di sini bahawa LORI ini yang salah.. Biasanya kalau kita nampak traffic light dah oren, mesti kita kejar kan? So kalau tengok kelajuan Wira tu yg boleh dikatakan agak laju, mereka ni sedang kejar lampu oren.. Tapi kalau dorang da merah pun, yang sepatutnya jalan ialah motor tu, bukan lori tu.. Persoalannya di sini kenapa lori tu jalan.. Tengok, 3 mati on the spot.. Lampu isyarat dah ada tu ikut jela, sengal betul..
0 comments:
Post a Comment