Bangun2 kol 6pagi tengok2 hujan lebat.. Adehh, luntur semangat aku nak gi exam.. Lepas aku gi jemput Puteri dengan adik dia, Puteri pun drive ke Putrajaya sebab aku tak tau jalan.. Jalan yang licin dan hujan yang lebat melambatkan perjalanan kami ke sana.. Tapi akhirnya kami pun sampai jugak.. Ni kali pertama sampai kat PICC.. Building dia sangat cantik.. Siap ada lanskap lagi dalam bangunan tu, kira macam smoking area la..
Bila nak start exam tu kelam kabut aku carik dewan.. Masalah aku kat sini ialah nombor giliran aku ni takde.. satu bilik tu nombor die dari XXXXX00 sampai XXXXX50 je, tapi aku XXXXX54.. Tapi rupa-rupanya ramai jugak macam aku, ni Puteri cakap la.. Dengan ramai jugak yang tukar pusat.. Kalau la aku tau boleh tukar pusat, baik aku buat kat Shah Alam je..
Paper Bahagian 1 Seksyen A aku rasa paling susah la kan.. Basically ia mengenai pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.. Paper ni memerlukan banyak pembacaan tentang sejarah, perlembagaan Malaysia, dasar2 nasional dan banyak lagi.. Bila ada banyak soalan macam ni, memang aku kantoi ar.. Yela, aku dapat tau kena gi exam pada rabu petang, orang lain dah tau seminggu lagi awal, memang tak sempat aku nk study.. Buku Malaysia Kita tu pun 600 page, gila hape..
Paper Bahagian 1 Seksyen B ialah paper paling menguji minda dan agak menyeronokkan la.. Generally it is all about mathematics.. Dah lama aku tak buat congak2 matematik, sekali sekala dapat la mengasah kembali minda aku yang memang sedia tak berapa nak tajam ni.. Tapi masa memang sangat singkat.. Siapa2 yang cukup masa tu memang pandai kira2.. Kalau aku boleh jawab satu soalan berterusan tanpa sangkut2, aku rasa aku sempat untuk check balik semua jawapan aku..
Paper Bahagian 1 Seksyen C ialah paper kefahaman English dengan Bahasa Melayu.. Part yang English memang agak senang cuma part Bahasa Melayu tu aku rasa agak sukar untuk dijawab.. Mainan dan lenggok bahasa yang dorang guna dalam soalan ni membuatkan kepala aku pening dan tensen, wakaka..
Paper Bahagian 1 Seksyen D ialah esei Bahasa Melayu.. Tajuk yang aku pilih adalah berkenaan semangat patriotik.. Macam biasa la kan, awal2 mesti kita buat draf dulu, takkan nak terus tulis je.. Bila aku nak mula je tulis, tiba2 perut aku berbunyi2.. Lapo gila bai, aku pun tak senang duduk.. Macam nak amek je makanan yang Puteri bekalkan untuk aku pagi tadi tapi kang bising lak bunyi plastik, segan gila aku, huhu..
Paper Bahagian 1 Seksyen E ialah esei English Language.. Terus terang aku kata, memang aku dah lama sangat tak buat esei English, last sekalik time MUET hari tu, dah esei time MUET tu la yang membuatkan markah overall MUET aku rendah, macam haram.. Topik yang aku pilih aku rasa agak senang cuma kesukaran untuk aku elaborate tu membuatkan penulisan aku jadi agak merapu..
Paper Bahagian 2 Seksyen A ialah berkenaan Sahsiah.. Antara tips yang aku dapat ialah paper ni sebenarnya nak menguji samada kita ni berkata benar ataupun hipokrit.. Oleh kerana soalannya yang banyak, ada antara soalan yang lebih kurang sama tapi menggunakan ayat lain sikit.. So kita kena jawab seikhlas yang mungkin la untuk mengelakkan diri kita ni dijudge sebagai seorang yang negatif..
Paper Bahagian 2 Seksyen B ialah berkenaan minat.. Paper ni just tanya kita apa yang kita minat, so jawab jela korang minat apa, takyah nak fikir2, lagipun kalau nak fikir, gerenti takkan cukup masa punya.. Paper Bahagian 2 ni sangatlah memenatkan jari-jemari aku untuk menghitamkan borang OMR, banyak gila hokayyy, 477 soalan pulakkkk..
Ni la pengalaman aku sedikit sebanyak tentang Peperiksaan Perkhidmatan Awam Gred 41 kat PICC, Putrajaya.. Aku cuma ralat sikit sebab takde masa nak study banyak.. Nak buat macam mana kan, redha jela.. Harap2 rezeki aku ada la, insyaALLAH.. =)
Thanks Puteri cos teman gi sana, you are so sweet.. =)
2 comments:
sabar yek..ni kn 1st experience.susah woo nk dpt cmni.korg2 sume yg dpt ni mmg beruntung.hehe..either diterima or x,tu blkg kire kn.yg pnting dh lepas...=) so,u shud reward urself..;)
yep.. thanks so much.. =)
hope I can do it better next time..
Post a Comment