Skang kat fesbuk makin ramai lak manusia join mende tah hape2.. Aku tak kisah pun, cuma bila ada, aku just hide jela mereka yang menyedihkan ni.. Yang paling glamer skang ialah infinity downline atau name glamernya 'login fesbuk hari2 dapat rm100'..
Aku nk copy paste lagi artikel dari blog paling dibenci oleh hampir keseluruhan penggiat MLM tegar beragama Islam di negara kita iaitu blog Ustaz Zaharuddin.. Aku kate blog ni dibenci oleh mereka sebab mereka akan masuk, pastu hentam Ustaz.. Kenape dorang perlu buat macam tu? Dorang ada pilihan, same ada mau bace atau tak mau bace, dan mereka pilih untuk bace.. Nape dorang pilih untuk bace? Sebab dorang nak tau menda yang dorang masuk ni halal ke haram but it doesn't matter anyway, sebab duit ni dah menggelapkan hati dorang, dorang tak kisah pun, butakan mata dan pekakkan telinga je, yang penting duit banyak..
Oleh kerana artikel ni agak panjang, so aku akan buat dalam dua part.. Artikel ini telah diedit tanpa menjejaskan isi kandungannya..

Beberapa perkara perlu dikaji dalam hal ini dan saya akan nyatakan secara ringkas findings dan pandangan saya. Oleh kerana skim ini menawarkan sesuatu yang agak mudah, maka tidak sukar untuk memahaminya. Secara ringkas dan padat adalah seperti berikut:-
1. Latar belakang syarikat dan web
Menyemak website utama Infinity Downline (selepas ini digunakan singkatan ID) melalui ‘whois', seorang pengkaji persendirian mendapati, web ini tidak menyertakan info yang mencukupi tentang pemiliknya. Berikut adalah hasil kajiannya.
Domain "Whois"
The Whois information for a website lists the owner and their contact information. The owner of "Infinity Downline" has purposely made their Whois information private. While not always a bad thing, this could mean they have something to hide. (rujuk http://www.imreportcard.com/biz-opps/infinity-downline)
Meneliti web utama ID juga menunjukkan kita tidak mempunyai sebarang akses kepada nama pencipta dan pengurusan penuh syarikat ID, malah sebarang komunikasi juga hanya melalui kotak khas soalan yang disediakan. Ini jelas ciri sebuah skim cepat kaya yang sentiasa berjaga-jaga dari mendedahkan identiti kepada pihak berkuasa.
Penilaian saya: Ia jelas satu unsur gharar yang menjadikan skim ini haram pada pandangan Islam. Manakan tidak, sekiranya web tersebut ditiadakan, semua sistem yang digunapakai oleh ahli dalam menyemak bayaran dan lain-lainnya turut hilang. Justeru mendedahkan diri kepada situasi perniagaan sedemikian adalah ditegah di dalam Islam.
Bagi pihak yang mempertikaian hujjah ini, sedarilah hujjah utama saya bukan isu pada kredibiliti whois atau selainnya tetapi adalah web infitintydownline.com sendiri yang tidak mempunyai sebarang pengenalan syarikat yang mencukupi. Semuanya syarikat 'sampah' yang bersedia menghilangkan diri apabila sampai waktu.
Jika sesiapa merasakan kesimpulan saya dalam hal keraguan latarbelakang syarikat itu salah, saya amat hargai jika anda dapat memberikan nama pengurusan lengkap dan nombor lesen syarikat di Malaysia dan USA serta pejabat dan nombor telefon land line yang valid untuk dihubungi serta (bukan seperti maklumat contact yang ada pada web tersebut, yang mana kita perlu meninggalkan info untuk dihubungi mereka). Selain itu, jangan lupa berikan link dan bukti bahawa info yang diberi itu sahih dan berdaftar dengan pihak berkuasa di negara terbabit. Tanpa semua itu, whois atau tidak tidak penting, yang penting semua info tadi TIDAK WUJUD!. Itu point utama saya, jika ingin berhujjah, sila matikan hujjah saya yang pokok bukan yang ranting.
2. Asal dan perkembangan syarikat
Memang benar, kelihatan sistem ini berasal dari USA. Statistic www.alexa.com juga menunjukkan peratusan teramai pelawat ke web ID datangnya dari USA, diikuti dengan negara yang dipenuhi oleh pecinta skim cepat kaya iaitu Malaysia.
Justeru dengan fakta ini, jelas skim ini memang sedang mendapat tempat di kalangan ramai di seluruh dunia, sehingga jika dicari berkenaannya di google dan yahoo, majoritinya memuja memuji system ini sebagai sistem termudah mendapatkan duit.
Penilaian saya : Tahap tersebar skim ini di seluruh dunia menunjukkan tanda positif tetapi ia sama sekali tidak menunjukkan bahawa ia halal di sisi Islam. Skim cepat kaya Bernard Mardoff yang bernilai USD 5 billion lebih kelihatan reliable, tetapi ia tetap scam dan sebuah skim cepat kaya apabila ia tidak berniaga barangan sebenar dan hanya memusing-musingkan kentungan dari orang bawah yang baru masuk kepada orang atas sistem piramidnya.
Justeru, pertumbuhan skim ini tidak memberi sebarang impak positif kepada penilaian hukum. Namun ia juga tidak memberikan impak negatif kepadanya. Oleh itu, penilaian hukum terletak kepada aspek-aspek lain dan perkembangannya di seluruh dunia dan disertai ramai TIDAK SAMA SEKALI boleh membuktikan ia adalah sebuah system yang halal di sudut hukum Islam, dan tidak juga mampu membuktikan ia legitimate di sisi undang-undang.
3. Produk yang dijual
Sebagaimana dimaklumkan di web mereka, produknya adalah berupa ratusan e-book, audio dan video training untuk belajar menggunakan software tertentu seperti vista, microsoft, excel dan lain-lain.
Begitulah beberapa petikan produknya yang boleh diperolehi dengan hanya USD25 atau RM 100. Sekali pandang ia kelihatan cukup baik, namun apabila diteliti tajuk-tajuk tertentu dalam senarai audio, ia jelas agak banyak tajuk yang dijual berkait hal yang dilarang di dalam Islam, malah majoritinya tidak dapat dipastikan kandungannya sama ada halal atau haram seperti tajuk "forex trading"-
Forex trading terlalu banyak bercampur aduk dengan yang haram, manakala tajuk tatoo, bedroom, bible etc secara tidak langsung memberi kekeliruan terhadap kandungannya, walaupun telah dimaklumkan bahawa isinya berlainan, ia tetap membawa syubhat yang besar sama ada pada tajuk itu sendiri atau teknik-teknik perniagaan di dalamnya yang tidak sama sekali mengambil kira displin perniagaan Islam. Tambahan pula kebanyakan tajuknya TIDAK MENARIK lagi TIDAK DIPERLUKAN oleh majoriti peserta.
Namun begitu, itu bukanlah isu utama masalahnya dalam hujjah ini. Hujjah utamanya adalah produk ini hanyalah sebagai alat untuk mengabui mata pihak berkuasa dan peserta, kononnya mereka menjual produk, sedangkan produk yang dijual tidak mempunyai sebarang kualiti khas, malah semua kaedah dan tatacara pengunaan itu boleh dengan mudah diperolehi secara percuma di internet. Justeru itu, produk seperti ini jelas adalah satu produk tanpa nilai seperti 'sampah' yang dihias bagi mencantikkan gambaran skim sahaja.
Selain itu, semua produk yang dibeli orang peserta TIDAK boleh diketahui isinya dengan jelas ( khususnya bagi tajuk-tajuk yang terlalu umum dan tidak direct to the content) kecuali setelah menyertainya. Ketika itu unsur gharar sekali lagi muncul dalam skim ini. Walaupun unsur ini semata tidak cukup kuat untuk menjatuhkan skim ini kepada HARAM, namun gabungannya dengan pelbagai isu dan masalah lain yang disebut dalam artikel ini, menyebabkan ia jatuh dalam sebuah skim perjudian dan juga riba.
Saya juga yakin majoriti yang memasuki system ini TIDAK SAMA SEKALI inginkan produk itu, malah tidak memanfaatkan produk yang diperolehi itu. Malah mereka hanya baru ingin mengetahui dan membuka isi produk yang mereka miliki setelah artikel ini mensasarkan masalah pada produk. Sebenarnya apa yang diingini adalah system reverse 2 up yang diwarwarkan membolehkan peserta memperolehi modal USD 25 dengan hanya seorang dowline, selanjutnya selaku upline mereka akan memperolehi komisyen yang merupakan keuntungan demi keuntungan.
Meneliti promosi-promosi dari ahli-ahli ID, amat jelas memperlihatkan niat dan kecenderungan mereka adalah untuk bergiat dalam system money game dan bukannya berusaha mempromosikan produk-produk tanpa kualiti mereka. Ini jelas apabila sistem komisyen lebih diutamakan dalam promosi berbanding produk. Produk-produk mereka tiada kualiti khusus kerana hampir kesemua tajuk pada produk itu boleh didapati secara percuma sama ada dari youtube, google search dan sebagainya.
SAMPAHKAH PRODUKNYA?
Ada yang bertanya dan berhujjah bahawa produk itu walaupun kelihatan tidak berguna dan mudah diperolehi secara percuma. Namun seperti tayar buruk, ia mungkin tidak berguna bagi sesetengah orang namun ia berguna bagi sesetengah yang lain, lalu adakah wajar saya mengelarkan sebagai ‘sampah' atau tidak.
Untuk memahami guna atau tidak gunanya sesebuah produk, fahamkan kaedah fiqhiyah ini " al-Ibratu lil Ghalib as-Sya'i La Lin Nadir" (Ertinya : Pengajaran dan pengiktibaran dalam sandaran sesebuah hukum adalah apa yang diamal atau ditanggap oleh majoriti bukan bagi tanggapan terpencil)
Kes 'sampah' yang saya sebutkan membawa dua maksud iaitu sama ada :-
1) Produk itu memang tidak ada nilai dan kualiti yang khusus, untuk dijual beli sehingga bertingkat-tingkat dan melibatkan beribu-beribu orang manusia membeli dan menjualkan berulang kali. Hanya sekadar ia sebuah kompilasi tidak cukup menjadikan ia sebegitu digilai oleh ramai orang. Hakikatnya, sistemnya yang digilai bukan produknya.
2) Produk itu tidak sekalipun akan digunakan oleh peserta (iaitu berdasarkan tinjauan majoriti dan promosi ahli-ahli mereka), ia dikendalikan seperti 'sampah' (yang tidak terpakai dan tidak digunakan), ia sekadar mencukupkan syarat untuk menyertai sistem money game, piramid yang haram kerana judi, gharar dan riba. Atas dasar itu MEMANG PRODUK itu bernilai sampah, adakala berguna tetapi tidak utama, atau dilayan oleh peserta seperti sampah yang tidak utama dalam pergerakan dan promosi mereka.
4. Plan pembayaran komisyen ( compensation plan)
Perkara pertama yang perlu difahami, apabila sesuatu sistem atau skim upahnya tidak disandarkan kepada nilai jualan barangan atau produk, ia adalah tanda awal ia merupakan sistem piramid, head hunting atau money game.
Yang difahami darinya :
• Dengan modal : RM100 ( 25 USD)
• Setiap tajaan ahli 1 dan 3 (POWERLINE) kecuali kaki ke-2 dan ke-4 akan diperolehi oleh upline ( iaitu RM100 terus ke akaun upline)
• Bermakna, setiap kaki 2 dan 4 dari POWERLINE, RM100 setiap seorang akan terus dimasukkan ke dalam akaun
• Perkara ini berlanjutan hingga infiniti (melintang dan menegak)
CONTOH ; Seseorang menaja 4 orang A,B,C,D, maka (B) DGN (D) BERI KE UPLINE. Manakala (A) DAN (D) SEHINGGA Z (atau berapa sekalipun peserta yang punya..hanya 2 sahaja diberi kepada upline..dan 2 tadi akan melahir kan 4 untuk layak berniaga.
Sekiranya seseorang itu menaja atau mencari 10 orang ahli (=mangsa) ( ini diambil dari facebook ID , jika salah mereka yang salah)
Level 1 - 10 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10 = RM900
Level 2 - 100 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100 = RM900
Level 3 - 1000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 1000 = RM90,00
Level 4 - 10000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10000 = RM900,000
Level 5 - 100000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100000 = RM81,000,000
Itulah angan-angan peserta skim mat jenin, seolah begitu mudah untuk mencapai level 5. Atau berikut cara kiraan lebih detail yang disiar di web infinity downline sendiri.

Bersambung di bahagian dua..
0 comments:
Post a Comment